Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Membeli Polisi Insurans Hayat Adalah Satu Komitmen Tanggung Jawab Jangka Panjang



Membeli polisi insurans hayat adalah satu komitmen jangka panjang. Sekiranya anda membatalkan polisi anda, anda tidak akan mendapat balik jumlah amaun premium terkini yang anda telah bayar kerana nilai serahan (nilai polisi anda apabila ditamatkan) biasanya kurang daripada apa yang anda telah bayar. Bincanglah perkara ini terlebih dahulu dengan syarikat insurans hayat anda yang sekarang, sebelum mengambil sebarang tindakan.


Adalah tidak menguntungkan sekiranya anda menggantikan sesuatu polisi kerana:


1) Berkemungkinan besar anda terpaksa membayar premium yang lebih tinggi memandangkan anda telah semakin berumur.


2) Nilai tunai anda akan meningkat secara perlahan kerana premium anda yang baru perlu membayar kos permulaan menanggung polisi insurans hayat kali kedua.


3) Tempoh tidak boleh tanding selama dua tahun bermula sekali lagi. Begitu juga dengan klausa bunuh diri di mana polisi perlu bermula dari awal sekali lagi.


4) Polisi yang sedia ada mungkin mempunyai peruntukan yang lebih baik daripada polisi baru, misalnya dalam bentuk opsyen penyelesaian tuntutan dan manfaat hilang upaya.


5) Syarikat insurans hayat anda yang sedia ada boleh membuat perubahan yang anda kehendaki pada kos yang lebih rendah.


Sumber: http://www.insuranceinfo.com.my/index.php?intPrefLangID=2&

1 comment:

  1. Saya baca buku WANG oleh CAP, Penang. Sebaik-baik insurans/takaful patut coveragenya yang penting bukan berapa kita boleh dapat(RM) apabila tempoh telah matang. sebab insurans bukan tempat pelaburan. konsep kena betul dulu. Sekadar pandangan dan perkongsian maklumat

    ReplyDelete