Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Pinjaman ASB (Maybank Islamic)

Pada tahun 2010, aku ada buat pinjaman ASB, dan aku rasa semua berstatus bumiputra patut buka a/c ASB. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, aku ikut pendapat fatwa kebangsaan  yang kata HARUS! sebab maslahat umat Islam.


Kelebihah Pinjaman ASB (aku buat dengan Maybank) ialah seperti berikut:

1. Paling sesuai untuk orang yang tak berdisplin macam aku. Sebab tak ramai org kat Malaysia boleh potong gaji secara konsistant 400 atau 700 sebulan khas untuk masuk ASB atau lain-lain investment instument contoh masuk Tabung Haji atau Public Mutual.

2. Memang betul potong gaji 400-700 sebulan selama 25 tahun memungkinkan kita dapat 1 juta tapi, tapi lepas simpan-simpan kadar untuk ambik "curi balik" duit sendiri semasa kecemasan amatlah tinggi (polisi pecah tabung hehe)

3. So aku buat polisi paksa simpan kalau tak simpan aku rugi atau kena saman kat bank

4. Maksud aku begini aku buat pinjaman ASB sebanyak 200,000 selama 25 tahun, bulan-bulan kena bayar dalam 1100, tahun pertama jee sakit sebab kena bayar 1100 x 12 bulan =  13 200 tapi lepas cukup 1 tahun ASB akan declare dividentnya, so untuk tahun ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya sehinga 25 tahun aku gunakan duit divident ASB untuk bayar balik pinjaman. So maknanya modal 13 200 tapi besok2 akan dapat 200,000.

5. Memanglah tak berapa lumanyan 200,000 pada 25 tahun akan datang tapi untuk orang yang selalu poket kering tiap2 bulan inilah jalan yang paling tak peningkan kepala. Korek lubang tutup lubang.

6. Kalau KWSP kau orang pencen besok2 ada 300,000 campur duit ASB 200,000 bukan ke dapat 1/2 juta ??

7. Contoh : ASB bagi divident dalam 8.0 % (termasuk bonus), RM 200,000 x 8% = RM 16,000, bayaran tahunan  cuma RM 1100 x 12 bulan = RM 13 200, so kau orang ada lagi lebih 16 000 - 13 200 = 2 800. So sapa nak bagi 2 800 setahun beb! tanpa susah dan payah??

8. Yang ni paling2 aku suka sebab pinjaman ASB Maybank ini dilindungi oleh Takaful so kalau jadi apa2 dengan kita RM 200,000 jadi hak milik family tersayang walaupun kita mungkin cuma baru bayar 2-3 bulan.

9. Satu lagi kelebihah oleh kerana pinjaman islam so kadar bayaran tak akan naik gila-giler walau apapun terjadi, maybank islamic akan cap/kurung pada maximum 10 % sahaja, pada masa aku ambik dulu dalam 6.00 % jee.


38 comments:

  1. betul tu,aku takde duit cash nak byr bulan2,jadi aku buat sikit2 dengan suami aku mula2 rm50ribu dgn rhb, lepas tu rm80k dan nak cukupkan 200k aku tambah rm70k cukup rm200k,suami isteri total rm400 ribu ikat 20tahun dan 25tahun loan maybank,yg rhb aku ikat 20tahun,masa berjalan tgal 15tahun tgu hasilnya.tahun ne dividen 8.8 peratus blm campur bonus,utg aku dkt rm17,000 aku byr pinjaman rm14,000 utg rm3ribu siapa nak bg total dgn suami rm6ribu lepas aku nak byr instalment kereta ,rumah setahun

    ReplyDelete
  2. Cerita Aku:
    Aku tidak mampu untuk menyimpan walau RM200 setiap bulan. Walau bagaimanapun aku telah menjual sebidang tanah di kampung dengan harga RM15,768. Jika aku masukkan duit tersebut dalam ASB, dalam jangkamasa 20 tahun nanti aku akan ada sebanyak RM65,058.00 (Andaian ASB bagi 7.75% setahun).
    Pilihan kedua, sekiranya aku membuat pinjaman ASB sebanyak RM200,000, aku diberitahu oleh pegawai bank, aku kena bayar RM1,314 sebulan atau RM15,768 setahun bersamaan dengan duit jualan tanah aku. Katanya lagi, tahun kedua nanti boleh gunakan duit dividen untuk bayar. Tak perlu keluar satu sen pun duit gaji. Dan masih ada lebihan dividen sikit-sikit. Bagus juga sebab aku memang tak mampu pun nak menyimpan. Aku risau takut kena bayar lebih. Katanya setakat 23 tahun kebelakangan ini, % dividen memang lebih tinggi dari % faedah yang kena bayar dan selalunya pinjaman ASB akan guna kaedah BLR-1.65%. Maknanya faedah jadi lebih rendah dari BLR. Jadi aku tak rasa terbeban pun sebab tahun-tahun berikutnya nanti aku boleh bayar pakai duit dividen aje. Katalah tiap tahun masih ada lebih lepas bayar hutang ASB, aku keluarkan semuanya, tak de la banyak tapi lepas la nak buat bayar road tax dan insurans kereta motor cabuk aku. Kalau aku bersabar (bukan pakai duit gaji aku pun sebenarnya), 20 tahun nanti aku akan ada RM200,000 berbanding kalau aku simpan je RM15,768 aku tadi terus dalam ASB.
    Moral of the story : Pinjaman ASB ni ada baik dan ada buruknya. Jika kita tersalah strategi, pinjaman ini boleh menjadi satu beban sukar ditanggung. Ramai orang dah menderita kerana salah strategi. Oleh itu, kena tahu berapa jumlah pinjaman yang harus dibuat serta tempoh bayar baliknya (paling penting) supaya kita dapat untung pada tiap2 tahun dan kita tak perlu tambah duit kita sendiri nanti dan pada akhirnya kalau umur panjang merasalah duit RM200,000 tu. Kalau umur tak panjang, katalah tahun depan aku meninggal dunia, at least keluarga aku dapat rasa RM200,000 tu tanpa perlu sambung bayar pun sebab pinjaman ASB dilindungi insurans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen anda. Sebagai tambahan kepada semua pembaca, apa-apa sahaja pelaburan kalau tak ada disiplin dapat emas satu lori pun akan habis. Stategi ini amat tidak sesuai kepada yang jenis berperangai boros atau bergaji kecil dan selalu tidak cukup duit. Kalau anda berpendapatan sederhana dan keatas, saya nampak memang ramai telah berjaya. Terima kasih.

      Delete
  3. Aku selalu bgtau kat budak2 opis aku yg gaji kecik nih, kalau dpt bonus tu buat la modal utk buat asb loan nih. satu lagi aku selalu bgtau pd diorang konsep 1 in 2. Iaitu Loan = Belanja + Saving. Mcm aku kalau dah plan nak ada anak next year, dah tetntu nak bayar pengasuh tiap2 bulan rm250. Kalau aku kira setahun nak bayar pd pengasuh shj dah rm3k. So start tahun nih, aku akan ambik asb loan RM47k. Dgn harapan leh generate dividen 6.5%. Bila aku dpt dividen utk tahun pertama tu, dpt la cover aku nya setahun bayaran pengasuh. Secara tak langsung, aku dpt menyimpan sebanyak mana prinsipal loan yg telah dilunaskan. Syukurlah aku dah buat asb loan nih sejak aku bujang lagi. Bini aku pun dah aku usahakan buat asb loan tu. Skrg nih, aku dan bini dah ada asb loan rm450k. Sebulan bayar rm3050. Baru2 nih dah dpt dividen rm35k. Secara purata perbelanjaan keluarga aku sebanyak RM2,900 sebulan aku bermodalkan duit asb utk berbelanja. Inilah yg aku selalu pesan pd mereka yg gaji kecik nih. Bukan nak kaya, tapi nak hidup senang je.

    ReplyDelete
  4. kena kira juga zakat daripada asb...kata dividen 8%....zakat 2.5%...tinggal 5.5%...takder la banyak mana sebab loan kat bank pun kiraannya sudah berapa......lagi bagus kalau simpan di Tabung Haji...zakat telah siap2 ditolak....sikit2 lama2 jadi bukit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg anda cakap tak salah. Tapi kena ingat. Matlamatnya ialah dapat 200 000 dengan modal cuma 12 000.

      Maybank Islamik tak akan beri pinjam 200 000 jika anda tak masukkan duit tuu dlm ASB.

      So far, tak ada lagi yg saya jumpa, bank-bank yng menawarkan package pinjaman sehingga 200 000 untuk simpan di Tabung Haji siap dengan cover dengan Insurant Kematian.

      Delete
  5. salam..sy Personal FInancial COnsultant..sape yg nak buat ASB loan + insurans blh la contact sy 0146441609...

    ReplyDelete
  6. mohon pencerahan kalau ambil pinjaman pembiayaan ni, terjejas tak urusan nak beli kereta baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjejas. Sebab bank akan ambik kira commitment kita iaitu selepas tolak semua hutang berapa baki gaji/duit yang tinggal. Skrg kira gaji bersih yg tinggal bukan gaji kasar.

      Delete
  7. Korang, nak tanya sikit. Kalau ade tunggakan sebulan dapat gak ke dividennya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih dapat. Yang paling penting jangan smpi tertunggak lama. Kita takut bank hot tak bayar hutang dia akan suruh PNB jual ASB kita untuk terus installment yg tak bayar.

      Delete
  8. salam... boleh x saya tahu bank mana paling bagus untk buat loan asb..
    yg mempunyai interest paling rendah dan berlandaskan Islam.
    rhb atau maybank atau cimb @ bank rakyat atau bank maner yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila compare jadual / table pembayaran ketiga2 bank. Anda boleh tahu yang mana yang lebih murah.

      Delete
  9. Saya ada soalan :)

    Apabila kita sudah buat loan asb dan sekarang ini hanya bayar balik menggunakan dividen yang sedia ada dan jika kite ada duit lebih, mana yang lebih bagus sama ada

    1) duit lebih itu di simpan dalam asb?

    atau

    2) bayar loan asb lebih banyak?

    mohon dapat membantu saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya prefer no 1 sebab loan Islamic dah tetap keuntunganya so bayar lebih pun tak jejaskan kadar charge keuntungan bank.

      Delete
  10. ASB beri 8%... kenapa tidak melabur dekat bank lain yang boleh dapat 10%~15% keatas. jangan cakap tiada sebab anda tidak pernah cari betul2. bagi saya saya sudah jumpa. Saya dulu pernah cuba invest RM2000 pada awal 2013 dan penyata terbaru untuk awal 2014. Jumlah keseluruhan RM2403. Kalau ASB cuma dapat RM160 (sebab8%) tapi bank ini sudah beri RM403...ini bermaksud jumlah 20% dividen saya terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bagi pencerahan bank mana yg boleh bagi 15% tuu? Kalau Mutual fun pun nak bagi average 10%-15% makan 4-5 tahun. Kecuali Bank Rakyat, itu pun setakat RM 500 je boleh invest. Mohon buktikan dulu.

      Delete
  11. Ini cara berfikir average man..
    Cara berfikir org kaya ialah compounding interest. Biar dividen itu kerja lebih untuk kita. Tapi bila dah keluarkan untuk byr loan..maka effect compounding dah takde..so dah rugi kat situ.
    Tapi part takaful tu mmg best♡

    ReplyDelete
  12. Bro, blog nii taraf muqadam, memang utk org miskin to average man. Nak naik surah besar, rasanya baik cari tmpt lain. Majoriti org melayu tak banyak menyimpan sbb gaji kecik dan commitment tinggi, kalau simpan tak keluar2 memang sakit dan banyak yg perlu dikorbankan, nak beli kereta ke 2 pun sakit (sbg contoh)

    ReplyDelete
  13. Salam...saya Khairul. Personal Banker ASB RHB Islamic Bank. RHB kini menawarkan skim REFINANCE ASB LOAN dimana bg mereka yang ingin membuat penstrukturan semula ASB Loan mereka dgn kami ( dari Maybank/ CIMB ke RHB).. kami akan berikan rate terendah BLR-1.7 ( BLR skrg 6.85%, jadi 5.15). Jadi rebutlah peluang skrg. Hubungi saya untuk maklumat Lanjut Khairul-011-33157732 (whatsap/sms/call). Pelajar IPT juga digalakkan memohon. Tq

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...sy nak minta pandangan sahabat semua..saya ada buat loan asb dari maybank..saya pinjam Rm100k..hari ini saya dapat surat dari maybank mengatakan ada kenaikan PINDAAN KADAR PEMBIAYAAN ASAS dari 6.60% kepada 6.85% setahun...PINDAAN KADAR EFEKTIF dari 4.95% kepada 5.20% setahun..pembayaran bulan naik dari RM624 Kepada RM641 sebulan..kadar ni berkuat kuasa bulan november ni..adakah sahabat semua alami kenaikkan yg sama macam saya...

    ReplyDelete
  15. Blog yg sgt informatif berkenaan loan ASB:

    http://asbclub4u.blogspot.com/2014/06/lebihan-cash-dalam-asb-simpan-sendiri.html

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Apa sahaja produk loan yang diambil sebagai investment tidak menjamin pulangan. Sebab pertama. interest loan Maybank ASB sudah meningkat sebanyak 5.5% and dividen tahunan ialah 7-8%. My advice is to diversify investment anda untuk lebih keuntungan. Saya Sara unit trust consultant Public Mutual. Boleh contact untuk keterangan lanjut untuk investment EPF 0126350032. Pengalaman sebagai ASB and Public Mutual Investor selama 14 tahun dan bekerja di bank sudah 4 tahun. Im your right girl to ask about investment :)

    ReplyDelete
  17. Mohon pencerahan, saya ada terima makluman dari pegawai PNB, ada syarikat insuran tak bayar pampasan kepada waris krn peminjam meninggal dunia disebabkan sakit. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan Salah. Bergantung kepada Insurant yang kita ambil. Jika dalam kontrak insurant tulis tak cover sesuatu penyakit contoh AIDS maka betul tak akan bayar. Jika kontrak insurant kata cover Kanser, maka akan bayar.

      Delete
  18. Sy nak tanya kalau sy nak buat asb loan rm200k
    Tapi umue sy dah 28thn jadi bulan bulan sy kene bayar bwrape? Tolong Reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk mana2 jadual bergambar

      https://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A2oKmKlabfFWTi4AHaLjPwx.;_ylu=X3oDMTB0N2poMXRwBGNvbG8Dc2czBHBvcwMxBHZ0aWQDBHNlYwNwaXZz?p=jadual+bayaran+loan+asb&fr=chr-yo_gc&fr2=piv-web#id=0&iurl=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F-shoZaPG4_iI%2FUaznb12jxgI%2FAAAAAAAAAYk%2FJQSbMQNcQ8s%2Fs640%2F480759_551237314908805_445447976_n.png&action=close

      Delete
  19. Asslm..nk tnye..tuk pembayaran tahun ke2 slepas loan tu kte byr gune dividen yg kte dpt ke??so mknanye kte kne usaha ckit tuk pembyran tahun pertama je la?, lepas tu nk tnye, ape syrat kelayan permohonan loan ni??duit loan tu kte dpt slps thun kte ikat la kn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul.

      Kelulusan bergantung pada gaji bersih yang tinggal. Bawah 40% biasanya susah dapat loan lagi.

      Delete
  20. Asslm..nk tnye, tuk pembayaran taun ke2 tu, kte byar gune dividen yg kte dpt tu la kn??means kte kne usaha tuk utk byar bgi tahun pertama je la kn..pastu nk tnye ape syarat kelayakn tuk pohon loan ni, pelajr boleh x nk buat, ..pastu duit loan tu kte akn dpt ikt tahun yg kte ikat la kn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelulusan bergantung pada gaji bersih yang tinggal. Bawah 40% biasanya susah dapat loan lagi.

      Delete
  21. Asslm..nk tnye..tuk pembayaran tahun ke2 slepas loan tu kte byr gune dividen yg kte dpt ke??so mknanye kte kne usaha ckit tuk pembyran tahun pertama je la?, lepas tu nk tnye, ape syrat kelayan permohonan loan ni??duit loan tu kte dpt slps thun kte ikat la kn??

    ReplyDelete
  22. Salam.. nak tanya,kalau tungakkan loan dah ada 2 bulan n bank dah jual balik sijil pelaburan asb, kna bayar balik x duit tunggakan untuk 2 bulan tu, or duit pelaburan kta dlm asb tu hangus x...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit pelaburan akan di tarik / tebus balik oleh bank. Mana yang ada baki tertunggak akan dituntut kemudian oleh bank

      Delete