Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

 
WANG SIMPANAN ANDA DI BANK MAKIN KURANG SETIAP HARI WALAUPUN ANDA TAK KELUARKAN. TAK PERCAYA? Pernahkah anda mendengar tentang Hukum 72?

Hukum 72 digunakan dalam bidang kewangan untuk mengira berapa lamakah jangkamasa yang diambil bagi seseorang untuk menggandakan wangnya, seperti berapa lamakah untuk RM100 anda menjadi RM200.

Cara pengiraannya mudah. Anda hanya perlu tahu berapakah pulangan yang diberi oleh tempat di mana wang anda disimpan. Contohnya, akaun simpanan biasa atau al-wadiah memberi pulangan kira-kira 1% setahun. Maka angka 72 dibahagi dengan 1, jawapannya ialah 72. Wang anda akan mengambil masa 72 tahun untuk berganda jika disimpan dalam instrumen ini!

Akaun semasa atau al-mudharrabah pula memberi pulangan kira-kira 3% setahun. Maka 72 dibahagi dengan 3, jumlahnya ialah 24. Maka di dalam instrumen ini, wang anda akan mengambil masa hanya 24 tahun untuk bertambah 2 kali ganda! Ini bererti 48 tahun lebih cepat daripada akaun simpanan biasa!

Bagaimana pula jika wang anda disimpan dalam amanah saham yang memberi pulangan lebih kurang 8% setahun? 72/8 = 9. Hanya 9 tahun diperlukan untuk menggandakan wang anda melalui instrumen ini. Hebat bukan? Semakin tinggi pulangan yang diberikan oleh simpanan anda, semakin cepatlah ia berganda-ganda.

Hukum 72 juga digunakan untuk kita menganggarkan bilakah masanya wang kita akan susut nilainya sebanyak 50%. Bahagikan angka 72 dengan kadar inflasi di negara kita. Sekiranya kadar inflasi adalah 4%, maka 72/4 = 18. Ertinya dalam masa 18 tahun lagi wang RM100 anda akan jatuh nilainya bersamaan dengan RM50 sekarang!
Masihkah anda ingat harga sebiji kuih karipap 10 tahun yang lalu? Hanya 30 sen bukan? Tetapi sekarang, anda hanya boleh membelinya dengan harga 40 sen sebiji. Ertinya, wang kita telah susut nilainya sebanyak 25% dalam jangkamasa lebih kurang 10 tahun sahaja!

Maka, adalah lebih bijak sekiranya anda memilih instrumen simpanan yang memberikan anda kadar pulangan yang lebih daripada kadar inflasi. Sekiranya anda menyimpan wang anda sebanyak-banyaknya di dalam akaun simpanan biasa yang memberi pulangan hanya 1% setahun, sedangkan kadar inflasi adalah 4% setahun, ini bererti wang anda bukannya semakin berganda, tetapi semakin menyusut nilainya sebanyak 3% setahun!

Tetapi janganlah pula anda terlalu ghairah untuk mendapatkan pulangan wang yang terlalu tinggi. Perlu diingat, dalam pelaburan, semakin tinggi pulangan, ertinya risiko kerugian yang anda hadapi juga adalah lebih tinggi. Pastikan instrumen yang anda pilih adalah yang bersesuaian dengan “risk profile” anda. Jangan kerana ingin kaya cepat, anda terperangkap dalam skim cepat kaya! Berhati-hatilah dalam memilih instrumen simpanan atau pelaburan anda. Pastikan ianya mematuhi syari'ah dan undang-undang negara.

Tips Emas



Saya ingin berkongsi satu tips dengan anda. Jika anda pergi shopping emas di kedai emas, jangan tengok harga emas sahaja. Tengok sekali kos upah tukangnya. Bila harga emas jatuh banyak nie, maka ramai nak beli @ borong emas :)

Tapi, jangan biarkan tokey kedai emas lebih bijak dari anda. Anda kena bijak dari mereka. Negotiate kos upah tukang dengan kedai emas. Jadi harga emas + upah tukang = jumlah kos pelaburan emas anda.

Ops! jangan lupa tanya satu soalan keramat "Jika saya nak jual balik nanti, berapa susutnilainya tokey?"

Kalau susutnilai 25% keatas, lupakan sahaja. Sekarang nie zaman susutnilai 4.5% ke 8% sahaja untuk jongkong emas dan 10% sahaja untuk barang kemas. Kalau lebih dari itu, anda rugi. Cuba tengok spread harga emas kat website. Selamat mencuba!
 
 

Mohon Maklumat & Komen Dari Pembaca : Kemudahan & Keistimewaan Tempat Kerja Anda Yg Disediakan Oleh Majikan

Kadang-kadang kita agak terkeliru dengan jawatan yang ditawarkan oleh Majikan. Jadi saya harap kalau tuan-tuan dan puan-puan dapat share apa saja kemudahan yang disediakan oleh majikan anda untuk panduan kita semua. Contoh:

"Setiap Maklumat Lengkap akan diberikan Hadiah"

Nama Samaran :

Nama Syarikat : "Sila beritahu saya jika ingin nama syarikat dirahsiakan"

Gaji permulaan jika guna SPM:

Gaji permulaan jika guna Diploma:

Gaji permulaan jika guna Degree:

Kemudahan Perubatan :

Kemudahan Pergigian :

Kemudahan Pinjaman Komputer : Berapa interest ?

Kemudahan Pinjaman Kereta : Berapa interest ?

Kemudahan Pinjaman Rumah  : Berapa interest ?

Kumudahan Pinjaman Kahwin/Beranak/Pelajaran/Berapa interest ?

Biasiswa Pelajaran ?





Cara Mengenali Handphone Ori Atau Tak

 
 
Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini, aku nak kongsikan pade korang tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone korang tu original ataupun cap ayam.Check it out :
 
Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :
 
1. Taip *#06#
 
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
 
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
 
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
 
5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.
 
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Bila ceramah motivasi merepek

Artikel ini bukan yang saya tulis, tapi saya rasa penting untuk dikongsi.

Nukilan Prof Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Link Original : http://www.malaysiakini.com/columns/223930


Apabila jenama ‘Islam' itu laris, ramai orang menggunakannya. Sama ada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand' hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Bermula dari pelbagai produk makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh.

Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi SAW Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut: "Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!"

Saya sering menjawab mereka dengan berkata: "Tamar Nabi SAW baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi SAW punya."

Malangnya, orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi SAW'. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengekplotasikannya.

Tuntutan pasaran
Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapat utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand' (tuntuan pasaran).

Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek' ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.

Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada SMS, telefon, WhatsApp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini.

Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar menggayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.

Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah.

Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri yang bermaksud:

"Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."(Surah al-Talaq ayat 6-7)

Hatta dalam iddah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan. Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 233).

Walaupun majoriti ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu'asir 1991)

Pandangan timbulkan salah faham
Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa.

Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi SAW mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda:

"Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan". (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan)

Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.

Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.

Nafkah haram?

Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal. Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami. Kita bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim yang cemerlang sedang ibu bapa mungkin terlibat dengan riba dan seumpamanya.

Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja buat suami. Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab suami. Dosa hanya ditanggung oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram. Adapun isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang wajib.

Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas'ud: "Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan".

Jawab ‘Abdullah bin Mas'ud: "Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya." (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675)

Dalam riwayat al-Baihaqi, seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?.

Jawab Ibn ‘Umar: Ya" (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138)

Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya.

Beliau menjawab: "Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi SAW pun menerima hadiah dari Yahudi, memakan makanan Yahudi, membeli dari Yahudi sedangkan Yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah SAW memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa."

Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperoleh melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasul-Nya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.

Bacaan datangkan khasiat
Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini Dia akan turunkan rezeki?

Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu'adz dan tukang cerita ini:

"...maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bidaah dalam bidang ini... di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan."

Mereka lupa sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tips Menabung

Hari ni nak kongsi pasal Petua Menabung. Kebanyakan orang agak sukar untuk menabung. Salah satu cara nak pupuk minat menabung ialah, setiap kali anda berbelanja menggunakan wang kertas, biasanya akan dapat baki duit syiling.


 Simpan duit syiling tu. Kalau boleh, jangan guna duit syiling tu untuk perbelanjaan kedua atau ketiga pada hari yang sama (kecuali bayar parking yang perlukan duit syiling). Setiap kali nak berbelanja hulur duit kertas je.
 
Sebaik sahaja sampai di rumah, simpan kesemua duit syiling tu dalam satu tabung khas. Paling bagus, tabung yang hanya mempunyai lubang kecil untuk masukkan syiling tersebut, tetapi tiada peluang untuk anda keluarkan duit syiling tu melainkan tabung tersebut perlu dipecahkan.


Di samping tu, cuba anda belek-belek bawah karpet, bawah kerusi, bawah meja, bawah bantal,, entah-entah terjumpa duit syiling. Masukkan juga ke dalam tabung tersebut.


Bila dah penuh, haaa.... apalagi, pecahkan tabung tu, dan masukkan duit tersebut ke dalam akaun pelaburan anda.

Selamat Menabung :)


Mohon Bantuan Anda Semua Untuk Like Page Ini

http://www.facebook.com/macemaceadoo

Ini page facebook terbaru saya. Saya akan kongsikan lebih banyak tips dan cerita yang akan membuat akan anda ternanti-nanti posting baru saya. Insallah!!! (Hehehe, "jual" diri sikit)

Pengalaman Melanggan Internet Broadband

Ini tips peribadi aku setelah mencuba hampir semua internet provider yang ada kat Malaysia nii.

1. Aku pernah pakai YES 4G prepaid : Komen aku sangat laju dan sangat habis quota, aku tamatkan service YES prepaid disebabkan YES 4G, ada undang-undang yang tak masuk akal, kalau kita tak guna prepaid tu selama sebulan dia akan charge kita RM 30.00 Masa aku reload RM 50 pada bulan ke 2 setelah tidak guna 1 bulan, aku dapati balance yang boleh guna cuma RM 20.00 sahaja, RM 30.00 tolak charge 1 bulan yang kita tak guna, mengarut bukan undang-undang ini?? Diulangai ini bulan plan Pospaid tapi Prepaid yaa!
2. Lepas tuu aku hadiahkan wife aku Internet Prepaid Celcom SKMM, sapa yang tak tahu lagi benda apa SKMM tuu sila baca di sini.

http://broadbandmurahskmm.blogspot.com/p/apakah-broadband-skmm.html
Yang ini ok, murah, agak consistent kelajuanya, walaupun agak slow, kelebihan utamanya masih boleh guna walaupun sudah habis quota 800 MB, tetapi jangan sampai lebih 30 hari (kalau tak kena top up balik). RM 25 untuk 800 MB boleh kata agak murah untuk sesiapa yang budget ciput dan nak berjimat. Ada kawan aku download movie sampai 5GB dengan prepaid SKMM nii, tapi tipsnya ialah, kalau line intenet slow, reset banya kali sehingga dapat speed yang kita mahu, lepas tuu jangan tutup-tutup lagi dah broadband tuu sehingga anda puas/selesai. Tapi memang prepaid SKMM  memang tak sesuai bagi org yang gila internet (heavy user) dan nak speed laju macam aku.



3. P1 4G laju juga macam YES 4G, yang paling aku suka P1 ToGo. Tapi P1 coverage belum besar lagi macam Celcom Maxis dan Digi. Sesuai di bandar-bandar dan pinggir bandar jee. Seperti mana kita sedia maklum kalau heavy user memang tak sesuai langsung,sebab quota yang aku ambik 6GB 2 minggu jee dah habis nak tunggu lagi 2 minggu next cycle seksanyaaaa!. Tapi setelah compare harga average per Gigabit antara P1 vs YES dan Umobile. P1 antara paling murah. contoh RM 59 untuk 6GB setelah tolak rebate RM 10 bulanan selama 2 tahun. Ulang sekali lagi, laju tapi tak puas guna, tengok2 dah habis quota.

4. Last sekali kalau di office anda ada WiFi percuma macam opis aku, the best choice ialah TM Streamyx, sebabnya Pertama : Unlimited Kedua : Speed boleh di adjust mengikut tebal duit poket anda. Nak 1 MB pun boleh nak 8 MB pun boleh. 
Tengoklah youtube ceramah ugama dan politik atau apa saja sampai 24 jam seharipun masih tak kan habis. Paling best sapa2 yang tak ada Astro boleh juga tengaok siaran langsung bola BPL di website yang seperti ini 
http://www.firstrow1.eu/
Tapi yang paling2 best download movie, tv series dan cartoon dari torrenz sampai penuh HDD aku hehe!
Kalau nak jimat lagi baik share2 antara jiran untuk kurangkan kos bayar bill internet. Kalau coverage tak cover atau slow boleh beli repeater atau penguat coverage atau letas modem internet router wifi tuu di luar rumah atau hampir dengan tingkap atau pintu keluar masuk rumah supaya jiran senang ambik coverage.

Internet service provider lain aku tak tahu sebab aku tak pakai dan aku ulas apa yang aku pernah rasa dan pakai jee. Terima kasih.
   
 




After Sales Service Laptop Yang Terbaik

Aku sekarang nii pakai laptop Dell. Aku dah pakai laptop nii sejak tahun 2008. Pada tahun 2010, laptop aku rosak, lepas call dell, dia kata warranty aku dah habis dan aku kena beli warranty baru. 

Lepas bayar lebih kurang RM 700.00 dia suspect motherboard aku rosak, lepas tukar motherboard laptop aku masih tak hidup. Lepas technician bawak balik ke office dia barulah tahu yang sebenarnya rosak adalah LDC cable. 

Hamper kalau aku tahu rosak LCD cable jee baik aku pergi kedai computer biasa jee. Mung kos tukar 100-200 ratus saja (sebab bukan LCD yang rosak) kabel wayar jee yang rosak.

Menatang sungguh service Dell nihh, perabis duit aku jee. Mujur Allah nak tolong aku, motherboard bary yang dia tukar tuu dia tak tukar balik ke yang asal. So jadi laptop aku macam laptop baru sebab motherboard baru.

Tahun 2013, laptop aku rosak balik. Cara rosak sebijik macam kerosakan lama, display berkelip-kelip dan ada 2 vision atau 2 lapis window.

Sekali lagi aku call dell service centre, kali nii dia kata nak tukar LDC dan cabel LCD jumlah harga baiki RM 564.00, mak aiii mahal nyaaaa.

Last sekali aku cari info di mudah.my jumpa satu mamat nii yang expert pasal baiki laptop. Dia charge aku cuma RM 360.00 jimat RM 204.00

Moral of the story, stop buying dell spare part mahal dan kos service mahal nak mampus!


Laptop baru aku tukar beli SONY pulak sebab service centre sony ada banyak di setiap bandar-bandar besar.

Lepas tuu sony hanya baiki apa yang yang rosak, tak ada memandai-mandai suruh customer beli warranty lanjutan dulu sebelum baiki macam DELL. Lepas tuu staff DELL diagnose computer aku ikut handphone jee lepas tuu teka rosak apa, bagi quotation yang gila babi punya mahal.

Aku pakai handy-cam dan play-station SONY pun tak ada pun cara baiki pelik macam DELL nii.

Nak kata barang Dell lasak tak jugak, aku pakai barang Sony dah 6-7 tahun kurang rosak punn. Kalau kena baiki tak sampai 2-3 ratus.

Japanese brand still the bestttt. America tak rokk 6 6. Itulah tips jimat aku buat kali ini!




  





 

 



 

Lagi lagi ASB


 

Untuk posting pertama aku pada tahun 2013 nii, aku nak share sedikit mengenai ASB. Iaitu tambahan dari maklumat yang aku share sebelum ini.

http://tipsjimat.blogspot.com/2011/04/pinjaman-asb-maybank-islamic.html

Ramai blogger yang aku baca dan tengok, kondem pasal pinjaman ASB, katanya memberi keuntungan kepada bank semata-mata.

Kalau macam tuu bagaimana cerita kita pinjam duit untuk beli rumah? Bukan ker bank juga buat untung?

Tak kisahlah berapa banyak bank nak untung asal kita tak payah nak menyewa rumah lagi dan kita dapat jual rumah tuu dgn harga yang tinggi bila harganya sudah naik!

Kenapa terlalu fokus bank yang untung giler2 dan kita hanya dapat untung ciput jee.

Aku selalu anggap pelaburan ini ibarat peralatan perang. Sebab tuu mat saleh jugak sebut alat pelaburan sebagai "investment instrument". Sebabnya setiap alat perang ada kelebihan dan kekurangan.

Contoh : Jet pejuang memang boleh bergerak laju dan boleh terbang tinggi dan jauh, tapi jet pejuang juga tidak kalis senjata ringan, cuba tembak 100 biji guna peluru M16 atau AK-47 dari jarak dekat, confirm hancus jet tuu.

Tapi kalau tembak guna senapang yang sama di kereta kebal, confirm Tank tuu buat dono/bodoh jee, walhal kita tahu yang kereta kebal bergerak agak slow dan jarak perjalanan juga tidak jauh berbanding dengan jet.


http://www.asnb.com.my/news/asb_pendapatan2012.htm

Sekali lagi saya tegaskan disini tujuan kita masuk ASB ialah;

1.Untuk jangka masa panjang dan akan ambik semula bila pencen sek sok.

2. Untuk elak polisi pecah tabung (ambik duit yang di simpan dalam ASB) bila time poket kosong. Sebabnya pasti kita akan curi2 duit simpanan tersebut bila nampak dah banyak sikit.

3. Modal hanya sekali dan tak payah pening kepala tiap2 tahun. Ibarat modal 12,000 tapi selepas 20 tahun akan jadi 200,000

4. Pinjaman tersebut dilindungi insuran so ada family yang ditinggalkan insallah akan ada duit bila kita mati sek sok / mati dulu.

5. Return nya agak terjamin dan lebih tinggi dari fix deposit dan sebahagian besar dari saham amanah lain.

6. Dividend auto top-up ke dalam jumlah principle asal/investment asak. Ciri yang tidak ada pada AHB dan saham Bank Rakyat dan saham Bank Persatuan. 

Aku tak peduli berapa banyak bank yang untuk dari pinjaman ASB aku yang aku peduli berapa banyak yang aku untung.

Kepada pembaca yang masih blur2 apa yang aku melalut nii sila rujuk posting lama aku disini.

http://tipsjimat.blogspot.com/2011/04/pinjaman-asb-maybank-islamic.html