Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Cara Jimatkan / Kurangkan Bayaran Bulanan Kad Kredit

Seperti mana yang kita maklum interest kad kredit rata-ratanya dalam 15 % hingga 18 % bergantung kepada "kerajinan" anda membuat bayaran bulanan.

Tahukah anda jika kita boleh jimat / cut interest kad kredit sehingga 9 % setahun.

Bagaimana caranya ? Mudah jee, kalau anda kena bayar ke bank RM 800 sebulan, tetapi rasa nak kurangkan bayaran kepada RM 400 atau ke RM 500 sebulan, pergi jee ke AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit), kenapa ke sana ? Kenapa tidak! AKPK bukan sahaja boleh tolong orang yang dah nak "mati" bernafas semula, bahkan boleh tolong orang yang "licik" kurangkan bayaran ansuran bulananya.

Mana nak cari AKPK ? cari Bank Negara Malaysia (HQ atau Cawangan) mesti jumpa AKPK, kecuali di KL kerana AKPK berada dalam bangunan Maju Holding/Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman.




Tetapi ada keburukannya! Jika anda dah mintak bantuan AKPK, kalau anda nak buat hutang/taik baru, dalam laporan credit anda / CCRIS mesti ada tertera label/huruf " K " jadi Bank-Bank lain mungkin tak hingin bagi pinjam kat anda sebab anda sudah buat taik!

Walaupun ada keburukan tak boleh buat pinjaman lagi selepas ini, sesetengah orang akan "guna" AKPK macam ni : Pernah ada cerita seorang perniaga buat pinjaman RM 100,000 (mamat ni tak kena blacklist pun sebenarnya), lepas tuu kena banyar kat bank dalam RM 3000 sebulan, esok tuu terus ke AKPK, lepas tuu officer AKPK restructured  balik hutang mamat ni, terus boleh bayar RM 1000 sebulan jee, tapi jangka masa pembayaran juga akan panjang sedikit. Tapi save gila dari dok bayar interest 18% terus drop ke 9% (bank mana tak bengang).

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment