Kalau anda bukan orang kelantan atau secara khusus bukan orang kota bharu, marilah ke Restoran Nasi Ulam di Perkarangan Pasar Seni di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Landmarknya senang, sebelah Flat Buluh Kubu, atau tempat perhentian bas mini/bas bandar, sebelah Bazzar Tengku Anis, atau kalau anda buta kayu lagi cari sahaja Masjid Muhammmadi atau LHDN Kota Bharu (Bekas Tempat Bank Negara).
Rekod aku pernah makan untuk 3 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak, untuk lauk ayam goreng potong (besar saiz ayam di potong 4), ikan keli saiz XL, ikan singgang dengan lauk ikan tongkol, ulam-ulam penuh 1 pinggan, budu 1 pinggan besar plus buah mempelam di racik, 1 jug air badung berisi biji selasih, 4 pinggan nasi. Teka berapa harganya??? Cuma 23.00 sahaja. OMG!!! murah giler.
Seperti biasa aku sertakan sekali lokasi ikut google map.
No comments:
Post a Comment