Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Kamera Untuk Snorkeling

Satu pengajaran bagi aku, supaya pembaca tidak mengulangi kesilapan aku.

Membeli kamera pakai buang yang boleh masuk dalam air untuk tujuan snorkeling memang membuang duit. Sebabnya kos nya seperti berikut.

  
Harga kamera pakai buang (yg boleh masuk air)  = RM 45.00
Kos buat DVD/CD di kedai = RM 10.00
Kos cuci filem = 27 keping x 40 sen (saiz 4R) = RM 10.80
Kos bahan kimia filem = RM 6.00 (aku pun heran kena kedai gambar di Kota Kinabalu charge aku banyak nii, bukan ke free jee sebab harga gambar dah jadi 40 SEN sekeping?)

Jumlah besar = RM 71.80





TAPI, kalau beli plastik hp yang waterproof cuma dalam linkungan RM 50 - RM 60 sahaja. Kalau ikut harga www.lelong.com.my dan mudah.my

Antara kelebihan lain:

1. Filem tak terhad, kalau camera filem underwater, cuma boleh ambik 27 keping sahaja.
2. Tak payah beli filem baru dan camera baru.
3. Casing boleh pakai berulang-ulang kali, sehingga rosak.

Patutlah teknologi filem lama cepat mampos dan terima kasih teknologi digital! Minta maaf bahasa agak kasar sikit sebab, aku yang rugi duit, bukan anda semua.








2 comments:

  1. haha..dah beli pun..saja suka2 beli..xtau bila masanya nak guna..:)

    ReplyDelete
  2. Hi. Di mana nak dapat kamera pakai buang kat Malaysia ni?

    ReplyDelete