Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Tukar Duit Rosak


Jika anda mempunyai wang rosak disebabkan basah kena air, terbakar, lusuh dan sebagainya. Saya sarankan cepat-cepat tukar di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia.

Contohnya untuk yang berada di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang di BNM Cawangan Kuala Terengganu. Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di BNM Pulau Pinang. Di Lembah Kelang di BNM HQ KL Jln Dato Onn.

Kenapa kena cepat? Sebabnya lagi kecil saiz duit yang rosak tuu lagi kecilnya kadar pertukaranya.

Menurut kata kroni-kroni aku yang keja kat sana, kalau duit tuu masih tinggal 3/4 biasanya BNM akan bagi nilai penuh.

Tapi kalau duit tuu saiznya tinggal kurang dari 3/4 maka akan di nilai separuh sahaja. Contoh RM 10 terbakar lebih dari tiga suku tapi lebih besar dari separuh maka akan di bayar RM 5 jee.

Last sekali kalau saiz duit tuu tinggal kurang separuh atau kurang dari 1/2 mintak maaf beb, biasanya BNM tak bayar satu sen pun!

Satu lagi, service ni 100% percuma, kalau ada orang kata kena bayar, maknanya anda sudah kena CON !




No comments:

Post a Comment