Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Kelebihan "Dropbox"

Hari ni aku nak cerita sedikit software dan website bernama "dropbox" sila click link di bawah untuk mula install dan daftar dropbox.


Aku paling suka ciri-ciri dropbox ini adalah, bila kita ambik gambar menggunakan handphone kita, dan kemudian kita connect ke internet melalui WiFi, gambar dan video yang terdapat dalam handphone secara automatik akan upload ke dalam website dropbox.


Kalau anda rajin memperkenalkan dropbox ini kepada kawan-kawan melalui facebook, space dropbox anda boleh increase kepada 16 GB setiap  orang. Contonya kalau link dropbox anda di click oleh kawan anda dan kawan anda install dan daftar dropbox maka dropbox akan beri anda percuma 500 MB sehinggalah space anda membesar sehingga 16 GB.

Anda juga boleh pilih sama ada nak upload gambar dan video ke dropbox jika connect ke internet melalui WiFi atau 3G. Kenapa aku kata begitu sebabnya charge penggunakna internet melalui 3G adalah lebih mahal berbanding WiFi, biasanya orang akan lebih sensitive bab-bab kena bayar duit nih.

Sapa yang tak faham lagi, dropbox ini lebih kurang macam penggunaan Apple iCloud. Kalau anda pernah pakai laa.












Check Hutang dan Tukar Duit Rosak




Selepas berkawan dengan orang Bank Negara aku, mula nampak jelas pentingnya Bank Negara di buka di setiap negeri, sebabnya ini;

1) Kalau nak check berapa jumlah hutang anda di bank-bank atau institusi kewangan anda boleh pergi ke LINK Bank Negara. Biasanya orang ramai akan cakap nak semak blacklist atau nak semak CCRIS.

Anda di nasihatkan check CCRIS anda setahun sekali untuk tahu ada tak orang (jahat) cuba curi identiti anda dan guna loan guna nama anda tanpa kebenaran.


2) Kalau ada duit yang rosak atau terbakar anda boleh tukar di sana juga. Contohnya kalau ada rumah terbakar lepas tuu korek-korek dan cari apa-apa yang masih boleh diselamatkan insallah kalau pergi tukar di BNM akan dapat duit baru.

3) Anda juga boleh tukar duit lama yang dah tak laku seperti Syiling RM 1 orang kata syiling emas yang belambang keris atau satu lagi wang RM 1 yang berlambang Parlimen.



4) Duit lama ber RM 500 dan RM 1000 jugak boleh di tukar disana.



5) Masa time aku kecik-kecik dulu mak aku pernah suruh aku pergi tukar duit syiling di BNM Kota Bharu untuk kegunaan Kedai Makan Mak aku dulu-dulu. Tapi sekarang ini tempat tuu dah tutup, dan sekarang nii dah jadi Pejabat LHDN. Sebab tutup aku tak tahu, cuba tanya Gabenor Dr. Zeti hehe.

Itu sahaja buat kali nii. C U Next Time.






Berhati-Hati dan Abaikan Jika Anda Terima Email Macam Ini

Hari ini aku nak berkonsi satu jenis penipuan, supaya anda semua berhati-hati. Email penipu ini seperti di bawah.


From: Nor Hamizah Binti Abd Hamid <norhmz01@lycos.com>
To:
Sent: Monday, July 23, 2012 1:37 PM
Subject: Assalamualaikum


Salam,



Saya Nor Hamizah Bt Abd Hamid, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan Gemstone di UK. Di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar keuntungannya, saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini. Saya  menghubungi encik kerana saya tidak mahu kehilangan peluang untuk mendapatkan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini. Saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan faedah yang lumayan daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja  dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini. Syarikat saya memerlukan satu produk yang disebut  (VALENT LUB).
 
Valent lub pemurnian belerang liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.
Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat kami ini mengalami kemalangan di sini {uk} ,beliau adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan dam monopoli ini telah tergendala. Saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli. Ini adalah peluang perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan yang agak lumayan. Saya hanya memerlukan kerjasama encik untuk menjadikan perniagaan ini berjaya. Saya akan memberi encik maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika encik bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent) kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD  dan  syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons. saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat pembeli maka margin keuntungan akan dibahagikan 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya. Sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih untuk kerjasama yg diberikan. 

Kemudian saya akan membincangkan perkara ini bersama pengurus syarikat saya. Saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat2 yg memerlukan produk ini. Di sini juga saya ingin memberikan butiran dari segi harga  dan cara bayaran  maka kita boleh mengambil langkah2 untuk permulaan perniagaan ini. Encik, saya berharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat memberikan butiran number telephone penjual di malaysia agar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik. Sebelum itu syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian kami ke Malaysia untuk tujuan membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.

Sekian,Wassalam...

Nor Hamizah.

Tukar Duit Rosak


Jika anda mempunyai wang rosak disebabkan basah kena air, terbakar, lusuh dan sebagainya. Saya sarankan cepat-cepat tukar di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia.

Contohnya untuk yang berada di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang di BNM Cawangan Kuala Terengganu. Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di BNM Pulau Pinang. Di Lembah Kelang di BNM HQ KL Jln Dato Onn.

Kenapa kena cepat? Sebabnya lagi kecil saiz duit yang rosak tuu lagi kecilnya kadar pertukaranya.

Menurut kata kroni-kroni aku yang keja kat sana, kalau duit tuu masih tinggal 3/4 biasanya BNM akan bagi nilai penuh.

Tapi kalau duit tuu saiznya tinggal kurang dari 3/4 maka akan di nilai separuh sahaja. Contoh RM 10 terbakar lebih dari tiga suku tapi lebih besar dari separuh maka akan di bayar RM 5 jee.

Last sekali kalau saiz duit tuu tinggal kurang separuh atau kurang dari 1/2 mintak maaf beb, biasanya BNM tak bayar satu sen pun!

Satu lagi, service ni 100% percuma, kalau ada orang kata kena bayar, maknanya anda sudah kena CON !




Keropok Losong Original

Ini Gambar Keropok Losong Yang Bakal Masuk Dlm Perut Aku

Kepada sesiapa yang tak cukup masa bila melawat Kuala Terengganu dan tercari-cari keropok losong mana yang paling best aku cadangkan keropok losong Kak Yah.

Yang Ni Aku Bungkus Nak Bawak Balik Kampung


Kenapa aku cadang tempat nii,

Pertama sebab aku dah cuba kesemua tempat pengeluar keropok losong di kampung losong hj su.

Kedua sebab tempat nii disediakan tempat makan dan hanya segelintir pengusaha yang menyediakan tempat makan untuk kemudahan "orang luar" makan di situ panas-panas. Majoritinya jenis "take away"

Yang Ni Meja Tempat Aku Makan. Aku Datang Awal-Awal Pagi Sebab Tuu Tak Nampak Orang.


Ketiga sebab aku pernah jenguk dapur/kilang penyediakan yang aku kira bersih dan tak meloyakan tekak aku.

Yang Ni Gambar Kedai Dari Bahagian Dalam

Keempat, aku tak kena bayar sebab tulis cerita nii sebab aku cerita berdasarkan pengalaman aku banyak kali ber outstation ke kuala terengganu.






Ubat Resdung Paling Mujarab


Hari ini aku jumpa ubat resdung paling mujarab dan bertindak dengan pantas. Pengalaman aku pakai ianya berkesan dalam masa 5-10 minit.

Kalau selsema pun boleh guna jugak, tapi dengan syarat hembus hingus tuu dulu lepas tuu baru pakai.

Cara pakai senang jee, spray je dalam lubang hidung, kalau boleh senget sedikit supaya kena pangkal hidung. 



Doktor yang beri tahu aku, spray 2 kali pada setiap kali penggunaan dan di cadangkan pakai 2 kali sehari.

Tapi ada pantang larang tak boleh terus menerus pakai lebih dari 3 minggu.

Kalau nak guna jugak berhenti dulu 1-2 minggu lepas tuu pakai balik macam syarat-syarat yang aku tulis di atas tadi.

Jangan ikut kalau ragu-ragu, jumpa Dr. dulu sebelum guna, yang nii berdasarkan pengalaman aku dan saranan one of my family yang sudah jadi Dr. Itu sahaja buat kali ini. Tq






Musin Demam Bola : Tengok Bola Secara Siaran Lansung di Internet



Aku jumpa website ini time EURO 2012 berlangsung. So far tak pernah mengecewakan sebabnya TV 1 dan TV 3 tunjuk game / pasukan bola yang aku tak nak tengok.

Game yang best best semua ASTRO yang conquer, jadi aku gunakan internet website sebagai alternative untuk tengok bola live secara free!

Jadi bagi mereka yang tak ada ASTRO kat rumah atau malas nak keluar pergi tengok bola di kedai mamak, sila lah click / masuk website di bawah nii.


Kalau rumah anda ada streamyx/uni-fi yang laju amat-amatlah cantik, kalau tak video / siaran langsung tersebut akan tersekat-sekat.


Tetapi ada syaratnya! link bola siaran langsung tuu hanya akan muncul / appear bila time dekat-dekat dengan pelawanan jee, sebagai conoth game Germany vs Spain pukul 2.45 pagi, kalau anda bukak website ini pukul 5.00 petang memanglah link tersebut tak akan muncul. 

Cuba bukak dlm 1 jam atau 30 minit sebelum pelawanan bermula. Oklah itu sahaja setakat hari ini, selamat mencuba!