Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Ikan Kekacang

Kepada anak-anakku, aku ingat hok mak ayah aku pesan tu cerita main-main jee, rupa-ruapanya ramai lagi family lain yang tidak dibenarkan makan ikan nii.


Oleh kerana tulisan kecik dan payah di baca, aku copy balik keseluruhan ayat dalam gambar di atas :
Ni ikan kekacang diberi nama, sesetengah keluarga dan keturunan dilarang daripada makan ikan ini, Dkatakn ikan ni tlh men0l0ng wali allah yg lemas utk sampai ke drt. Maka wali allah ni, mengharamkn sluruh kturunanya memakan ikan ni. Ada yg kata, ble mkn ikan ni jd sakit. Wallahu alam

adik kakok termasuk dalam kategori keturunan terlarang ko jgk?

IC Baru dan Kadar Denda Baru Jika Hilang

Hari ini aku baru sudah buat IC baru. Kalau di negeri lain ambil masa lebih kurang 2 minggu baru siap. Berita diterima dari kawan di Putrajaya, di sana kalau buat IC 1 hari sudah boleh datang ambik. Tapi dengan syarat datang awal-awal pagi dan collect / datang ambil sebelah petang. So kalau bercadang nak ke Alamanda time waktu kerja aku rasa berbaloi singgah sekejap ke JPN di putrajaya.



Aku sebenarnya nak cerita benda lain. Aku sebenarnya nak cerita supaya berhati-hati simpan IC anda sebab IC kalau dah hilang dan denda buat IC baru agak tingga jugak nilainya.


Ini maklumat yang aku tahu setakat June 2012.


Hilang kali pertama : Denda RM 100.00


Hilang kali kedua : Denda RM 200.00


Hilang kali ketiga dan seterusnya : Denda RM 300.00 sahajaaaaaaaaaa!!.


Ini Gambar Yang Aku Ambil Semasa Singgah di JPW Negeri. Inilah kadar Denda buat masa sekarang (Tahun 2012)



Satu lagi aku rasa agak berbaloi beli IC cover yang dijual dikaunter JPN sebab harganya cuma RM 2 dan terdapat dalam 2 warna Merah dan Biru. Sebab utamanya untuk protect cip IC dari kekotoran/habuk dan jika ketika dompet kita basah (terutama masa musim hujan).


Satu lagi tips yang aku dapat dari pegawai JPN, sebelum kita sendiri istihar kad bercip terutamanya seperti kad IC / kad kredit / kad ATM tak boleh dibaca oleh mesin pengimbas/mesin ATM. Cuba anda gunakan pemadam pensel, tapi anda dinasihatkan jangan gosok terlampau kuat, takut jahanam pulak Cip IC tersebut. Selamat mencuba!