Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Keropok Losong Original

Ini Gambar Keropok Losong Yang Bakal Masuk Dlm Perut Aku

Kepada sesiapa yang tak cukup masa bila melawat Kuala Terengganu dan tercari-cari keropok losong mana yang paling best aku cadangkan keropok losong Kak Yah.

Yang Ni Aku Bungkus Nak Bawak Balik Kampung


Kenapa aku cadang tempat nii,

Pertama sebab aku dah cuba kesemua tempat pengeluar keropok losong di kampung losong hj su.

Kedua sebab tempat nii disediakan tempat makan dan hanya segelintir pengusaha yang menyediakan tempat makan untuk kemudahan "orang luar" makan di situ panas-panas. Majoritinya jenis "take away"

Yang Ni Meja Tempat Aku Makan. Aku Datang Awal-Awal Pagi Sebab Tuu Tak Nampak Orang.


Ketiga sebab aku pernah jenguk dapur/kilang penyediakan yang aku kira bersih dan tak meloyakan tekak aku.

Yang Ni Gambar Kedai Dari Bahagian Dalam

Keempat, aku tak kena bayar sebab tulis cerita nii sebab aku cerita berdasarkan pengalaman aku banyak kali ber outstation ke kuala terengganu.






Lauk Mentah Murah

Dalam banyak2 hypermarket, hypermarket mana yang menawarkan separuh harga untuk barang dapur/basah seperti ikan, sayur, daging dan ayam jika bahan mentah tersebut bakal luput esok atau lusa.

Jawapnya GIANT, aku baru perasan kalau lepas aku balik kerja, lepas waktu magrib selalu jugak aku singgah giant sebab rumah aku dekat dengan pasaraya Giant.

Kalau yang jenis nak masak segera dan tak nak letak dalam peti sejuk, terutama orang bujang yang tak ada peti sejuk inilah jawapanya.

Pernah satu minggu tuu aku hari-hari makan steak, harga asal dalam RM 12.00 (dah siap rendam dalam sos steak) lepas offer jatuh RM 6.00, so aku beli balik rumah terus panggang atas daput. Sedappppp, tak rasa langsung ada ciri makanan yang nak luput.

Kalau bercadang nak kumpul duit untuk kahwin atau anda sudah sengkek, inilah salah satu jawapanya. Selamat mencuba.

Ayam Percik Best Sampai Menjilat Kaki (Kaki Ayam laa, tak kan aku nak suruh jilat kaki sendiri hehe)


Lokasinya ialah, belakang sekolah menegah kebangsaan petra kota bharu, nama kedai tak ada sebab ianya cuma gerai kecik jee, paling mudah landmarknya berhampiran dengan cabang tiga dekat dengan klinik 1 malaysia kota bharu. Di buka 12.00 t.hari ke atas. Harga terakhir aku beli RM 10.00 untuk 1 panggang, ada 2 ketul ayam saiz agak besar. So far kalau ikut taste aku lagi kick dari ayam percik yati (yang paling mashur di kelantan/kota bharu).

Sila lihat peta untuk lokasi sebenar.


Makan Besar Tapi Murah - Nasi Ulam Pasar Seni Kota Bharu




Kalau anda bukan orang kelantan atau secara khusus bukan orang kota bharu, marilah ke Restoran Nasi Ulam di Perkarangan Pasar Seni di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Landmarknya senang, sebelah Flat Buluh Kubu, atau tempat perhentian bas mini/bas bandar, sebelah Bazzar Tengku Anis, atau kalau anda buta kayu lagi cari sahaja Masjid Muhammmadi atau LHDN Kota Bharu (Bekas Tempat Bank Negara).


Rekod aku pernah makan untuk 3 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak, untuk lauk ayam goreng potong (besar saiz ayam di potong 4), ikan keli saiz XL, ikan singgang dengan lauk ikan tongkol, ulam-ulam penuh 1 pinggan, budu 1 pinggan besar plus buah mempelam di racik, 1 jug air badung berisi biji selasih, 4 pinggan nasi. Teka berapa harganya??? Cuma 23.00 sahaja. OMG!!! murah giler.

Seperti biasa aku sertakan sekali lokasi ikut google map.