Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Tips Emas



Saya ingin berkongsi satu tips dengan anda. Jika anda pergi shopping emas di kedai emas, jangan tengok harga emas sahaja. Tengok sekali kos upah tukangnya. Bila harga emas jatuh banyak nie, maka ramai nak beli @ borong emas :)

Tapi, jangan biarkan tokey kedai emas lebih bijak dari anda. Anda kena bijak dari mereka. Negotiate kos upah tukang dengan kedai emas. Jadi harga emas + upah tukang = jumlah kos pelaburan emas anda.

Ops! jangan lupa tanya satu soalan keramat "Jika saya nak jual balik nanti, berapa susutnilainya tokey?"

Kalau susutnilai 25% keatas, lupakan sahaja. Sekarang nie zaman susutnilai 4.5% ke 8% sahaja untuk jongkong emas dan 10% sahaja untuk barang kemas. Kalau lebih dari itu, anda rugi. Cuba tengok spread harga emas kat website. Selamat mencuba!
 
 

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Aku kurang pasti kenapa rakan sekerja masih skeptical dan kurang bersungguh tentang pelaburan AHB, tapi kalau ASB dan Saham Bank Rakyat laju nak simpan.

Walhal, AHB juga ada ciri-ciri yang penting yang tak ada pada ASB.

Pertama : Patuh Syariah. Kalau ASB bukan semua mufti setuju yaaa.

Kedua : Sudah siap tolak zakat. Kalau divident bersih 7% maka pulangan ialah 9.5%, walaupun ASB kata pulangan 8.5% tapi sebenarnya lepas tolak zakat cuma 6.5%

Ketiga : Direct masuk a/c maybank. Kalau ASB kena pergi ambik dengan agan ASB dulu (bank/pejabat pos/kaunter).

Keempat : Pembayaran 2 kali setahun. Boleh jadi macam duit income gaji/pencen/bonus setiap tahun

Namun begitu, aku rasa salah satu disadvantage pelaburan AHB yang tidak membenarkan divident yang diberi ditop up balik ke modal asal. Contoh pelaburan RM 1000, divident tahun 2012 = RM 100. RM 100 tuu tak boleh top up jadi RM 1100 = RM 1000 (modal asal) + RM 100 (divident).

Kalau aku pencen sek sok aku ingat nak masuk sebahagian besar simpanan KWSP ke sini dengan alasan-alasan yang telah disebutkan disini/diatas.

AGIHAN KETIGA...Nor Azamin (kanan) dan Kamalul Arifin mengumumkan dividen AHB di Kuala Lumpur, semalam.

 

    

Membeli Polisi Insurans Hayat Adalah Satu Komitmen Tanggung Jawab Jangka Panjang



Membeli polisi insurans hayat adalah satu komitmen jangka panjang. Sekiranya anda membatalkan polisi anda, anda tidak akan mendapat balik jumlah amaun premium terkini yang anda telah bayar kerana nilai serahan (nilai polisi anda apabila ditamatkan) biasanya kurang daripada apa yang anda telah bayar. Bincanglah perkara ini terlebih dahulu dengan syarikat insurans hayat anda yang sekarang, sebelum mengambil sebarang tindakan.


Adalah tidak menguntungkan sekiranya anda menggantikan sesuatu polisi kerana:


1) Berkemungkinan besar anda terpaksa membayar premium yang lebih tinggi memandangkan anda telah semakin berumur.


2) Nilai tunai anda akan meningkat secara perlahan kerana premium anda yang baru perlu membayar kos permulaan menanggung polisi insurans hayat kali kedua.


3) Tempoh tidak boleh tanding selama dua tahun bermula sekali lagi. Begitu juga dengan klausa bunuh diri di mana polisi perlu bermula dari awal sekali lagi.


4) Polisi yang sedia ada mungkin mempunyai peruntukan yang lebih baik daripada polisi baru, misalnya dalam bentuk opsyen penyelesaian tuntutan dan manfaat hilang upaya.


5) Syarikat insurans hayat anda yang sedia ada boleh membuat perubahan yang anda kehendaki pada kos yang lebih rendah.


Sumber: http://www.insuranceinfo.com.my/index.php?intPrefLangID=2&

Simpanan Emas

Setelah aku kaji dan rujuk website http://www.zaharuddin.net/ dan lain Ustaz. Teutama Prof. Madya Dr. Asri dan Ustaz Azhar.

Ini print screen aku ambik dari website beliau.


Aku rasa simpanan emas di Kuwait Finance House - KFH paling sesuai dengan aku. Sebabnya

Pertama :

1st di Malaysia yang ada/dapat syariah compliance. Maybank dan Public confirm tak ada sehingga tarikh aku tulis dairy nii.

Kedua :

Margin/Spred antara harga beli dan harga jual tak beza banyak, jadi jika harga emas naik, cepat sikit dapat untung.

Ketiga :

Membantu sesama Islam. KFH confirm dimiliki oleh orang Islam kalau bukan orang Melayu yang miliki at least bukan ke Tok Arab memang 99% Islam kan?

Nak baca lebih lanjut sila baca di:

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/932-ingin-simpan-emas-secara-halal.html



Pinjaman ASB (Maybank Islamic)

Pada tahun 2010, aku ada buat pinjaman ASB, dan aku rasa semua berstatus bumiputra patut buka a/c ASB. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, aku ikut pendapat fatwa kebangsaan  yang kata HARUS! sebab maslahat umat Islam.


Kelebihah Pinjaman ASB (aku buat dengan Maybank) ialah seperti berikut:

1. Paling sesuai untuk orang yang tak berdisplin macam aku. Sebab tak ramai org kat Malaysia boleh potong gaji secara konsistant 400 atau 700 sebulan khas untuk masuk ASB atau lain-lain investment instument contoh masuk Tabung Haji atau Public Mutual.

2. Memang betul potong gaji 400-700 sebulan selama 25 tahun memungkinkan kita dapat 1 juta tapi, tapi lepas simpan-simpan kadar untuk ambik "curi balik" duit sendiri semasa kecemasan amatlah tinggi (polisi pecah tabung hehe)

3. So aku buat polisi paksa simpan kalau tak simpan aku rugi atau kena saman kat bank

4. Maksud aku begini aku buat pinjaman ASB sebanyak 200,000 selama 25 tahun, bulan-bulan kena bayar dalam 1100, tahun pertama jee sakit sebab kena bayar 1100 x 12 bulan =  13 200 tapi lepas cukup 1 tahun ASB akan declare dividentnya, so untuk tahun ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya sehinga 25 tahun aku gunakan duit divident ASB untuk bayar balik pinjaman. So maknanya modal 13 200 tapi besok2 akan dapat 200,000.

5. Memanglah tak berapa lumanyan 200,000 pada 25 tahun akan datang tapi untuk orang yang selalu poket kering tiap2 bulan inilah jalan yang paling tak peningkan kepala. Korek lubang tutup lubang.

6. Kalau KWSP kau orang pencen besok2 ada 300,000 campur duit ASB 200,000 bukan ke dapat 1/2 juta ??

7. Contoh : ASB bagi divident dalam 8.0 % (termasuk bonus), RM 200,000 x 8% = RM 16,000, bayaran tahunan  cuma RM 1100 x 12 bulan = RM 13 200, so kau orang ada lagi lebih 16 000 - 13 200 = 2 800. So sapa nak bagi 2 800 setahun beb! tanpa susah dan payah??

8. Yang ni paling2 aku suka sebab pinjaman ASB Maybank ini dilindungi oleh Takaful so kalau jadi apa2 dengan kita RM 200,000 jadi hak milik family tersayang walaupun kita mungkin cuma baru bayar 2-3 bulan.

9. Satu lagi kelebihah oleh kerana pinjaman islam so kadar bayaran tak akan naik gila-giler walau apapun terjadi, maybank islamic akan cap/kurung pada maximum 10 % sahaja, pada masa aku ambik dulu dalam 6.00 % jee.