Hari ini aku nak berkonsi satu jenis penipuan, supaya anda semua berhati-hati. Email penipu ini seperti di bawah.
To:
Sent: Monday, July 23, 2012 1:37 PM
Subject: Assalamualaikum
Salam,
Saya Nor Hamizah Bt Abd Hamid, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan Gemstone di UK. Di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar keuntungannya, saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini. Saya menghubungi encik kerana saya tidak mahu kehilangan peluang untuk mendapatkan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini. Saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan faedah yang lumayan daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini. Syarikat saya memerlukan satu produk yang disebut (VALENT LUB).
Valent lub pemurnian belerang liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.
Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat kami ini mengalami kemalangan di sini {uk} ,beliau adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan dam monopoli ini telah tergendala. Saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli. Ini adalah peluang perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan yang agak lumayan. Saya hanya memerlukan kerjasama encik untuk menjadikan perniagaan ini berjaya. Saya akan memberi encik maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika encik bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.
Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent) kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons. saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat pembeli maka margin keuntungan akan dibahagikan 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya. Sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih untuk kerjasama yg diberikan.
Kemudian saya akan membincangkan perkara ini bersama pengurus syarikat saya. Saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat2 yg memerlukan produk ini. Di sini juga saya ingin memberikan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil langkah2 untuk permulaan perniagaan ini. Encik, saya berharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat memberikan butiran number telephone penjual di malaysia agar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik. Sebelum itu syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian kami ke Malaysia untuk tujuan membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.
Sekian,Wassalam...
Nor Hamizah.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSy baru je dapat email ni, tapi sy dah reply tanya detail dia dan detail company dia,tapi dia tak reply pun... apa sebenarnya yg dia nak ?...apa2 pun terima kasih le diatas information ni...Thank you very much much more ye
Su.......Selangor