Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Check Hutang dan Tukar Duit Rosak




Selepas berkawan dengan orang Bank Negara aku, mula nampak jelas pentingnya Bank Negara di buka di setiap negeri, sebabnya ini;

1) Kalau nak check berapa jumlah hutang anda di bank-bank atau institusi kewangan anda boleh pergi ke LINK Bank Negara. Biasanya orang ramai akan cakap nak semak blacklist atau nak semak CCRIS.

Anda di nasihatkan check CCRIS anda setahun sekali untuk tahu ada tak orang (jahat) cuba curi identiti anda dan guna loan guna nama anda tanpa kebenaran.


2) Kalau ada duit yang rosak atau terbakar anda boleh tukar di sana juga. Contohnya kalau ada rumah terbakar lepas tuu korek-korek dan cari apa-apa yang masih boleh diselamatkan insallah kalau pergi tukar di BNM akan dapat duit baru.

3) Anda juga boleh tukar duit lama yang dah tak laku seperti Syiling RM 1 orang kata syiling emas yang belambang keris atau satu lagi wang RM 1 yang berlambang Parlimen.



4) Duit lama ber RM 500 dan RM 1000 jugak boleh di tukar disana.



5) Masa time aku kecik-kecik dulu mak aku pernah suruh aku pergi tukar duit syiling di BNM Kota Bharu untuk kegunaan Kedai Makan Mak aku dulu-dulu. Tapi sekarang ini tempat tuu dah tutup, dan sekarang nii dah jadi Pejabat LHDN. Sebab tutup aku tak tahu, cuba tanya Gabenor Dr. Zeti hehe.

Itu sahaja buat kali nii. C U Next Time.






No comments:

Post a Comment