Ini tips peribadi aku setelah mencuba hampir semua internet provider yang ada kat Malaysia nii.
1. Aku pernah pakai YES 4G prepaid : Komen aku sangat laju dan sangat habis quota, aku tamatkan service YES prepaid disebabkan YES 4G, ada undang-undang yang tak masuk akal, kalau kita tak guna prepaid tu selama sebulan dia akan charge kita RM 30.00 Masa aku reload RM 50 pada bulan ke 2 setelah tidak guna 1 bulan, aku dapati balance yang boleh guna cuma RM 20.00 sahaja, RM 30.00 tolak charge 1 bulan yang kita tak guna, mengarut bukan undang-undang ini?? Diulangai ini bulan plan Pospaid tapi Prepaid yaa!
2. Lepas tuu aku hadiahkan wife aku Internet Prepaid Celcom SKMM, sapa yang tak tahu lagi benda apa SKMM tuu sila baca di sini.
http://broadbandmurahskmm.blogspot.com/p/apakah-broadband-skmm.html
Yang ini ok, murah, agak consistent kelajuanya, walaupun agak slow, kelebihan utamanya masih boleh guna walaupun sudah habis quota 800 MB, tetapi jangan sampai lebih 30 hari (kalau tak kena top up balik). RM 25 untuk 800 MB boleh kata agak murah untuk sesiapa yang budget ciput dan nak berjimat. Ada kawan aku download movie sampai 5GB dengan prepaid SKMM nii, tapi tipsnya ialah, kalau line intenet slow, reset banya kali sehingga dapat speed yang kita mahu, lepas tuu jangan tutup-tutup lagi dah broadband tuu sehingga anda puas/selesai. Tapi memang prepaid SKMM memang tak sesuai bagi org yang gila internet (heavy user) dan nak speed laju macam aku.
3. P1 4G laju juga macam YES 4G, yang paling aku suka P1 ToGo. Tapi P1 coverage belum besar lagi macam Celcom Maxis dan Digi. Sesuai di bandar-bandar dan pinggir bandar jee. Seperti mana kita sedia maklum kalau heavy user memang tak sesuai langsung,sebab quota yang aku ambik 6GB 2 minggu jee dah habis nak tunggu lagi 2 minggu next cycle seksanyaaaa!. Tapi setelah compare harga average per Gigabit antara P1 vs YES dan Umobile. P1 antara paling murah. contoh RM 59 untuk 6GB setelah tolak rebate RM 10 bulanan selama 2 tahun. Ulang sekali lagi, laju tapi tak puas guna, tengok2 dah habis quota.
4. Last sekali kalau di office anda ada WiFi percuma macam opis aku, the best choice ialah TM Streamyx, sebabnya Pertama : Unlimited Kedua : Speed boleh di adjust mengikut tebal duit poket anda. Nak 1 MB pun boleh nak 8 MB pun boleh.
Tengoklah youtube ceramah ugama dan politik atau apa saja sampai 24 jam seharipun masih tak kan habis. Paling best sapa2 yang tak ada Astro boleh juga tengaok siaran langsung bola BPL di website yang seperti ini
http://www.firstrow1.eu/
Tapi yang paling2 best download movie, tv series dan cartoon dari torrenz sampai penuh HDD aku hehe!
Kalau nak jimat lagi baik share2 antara jiran untuk kurangkan kos bayar bill internet. Kalau coverage tak cover atau slow boleh beli repeater atau penguat coverage atau letas modem internet router wifi tuu di luar rumah atau hampir dengan tingkap atau pintu keluar masuk rumah supaya jiran senang ambik coverage.
Internet service provider lain aku tak tahu sebab aku tak pakai dan aku ulas apa yang aku pernah rasa dan pakai jee. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment