Secara kebiasaanya ramai orang akan kata harga tiket di Airasia lagi murah dari MAS. Tapi pengajaran yang aku dapat setelah memberi tiket hari ini ialah.
PASTIKAN MENJADI TABIAT ANDA SEMAK DAN COMPARE KEDUA-DUA HARGA TIKET AIRASIA DAN MAS PADA TARIKH DAN MASA YANG SAMA!
Kalau tak akan jadi macam aku, mentality nak save seringgit dua ringgit, sekarang dah rugi! Sila lihat perbandingan harga tiket dibawah, dimana harga tiket MAS jauh lebih murah!
Sebabnya kenapa? Sebabnya lepas sampai ke KL dari destinasi asal aku, aku sebenarnya nak ke oversea. Jadi kalau dah sampai KL dari LCCT mestilah aku nak ke KLIA pulak.
Jadi kena ingat walaupun tiket Airasia maybe lebih murah sikit dari MAS tapi kena ambil kira tiket bas/teksi dari LCCT ke KLIA. ( Kalau bas harga tiket maybe bawah RM 10 dan kalau Teksi ada dlm RM 20 kot? )
Satu lagi yg aku tak tahan Airasia mengenakan cas RM 10 bagi setiap kali penggunaan kad kredit tapi kalau debit card / ATM kad free (time-time customer tak cukup cash nak bayar tiket, time tulah airasia nak sembelih).
Patutlah di Australia airasia kena hantam dan di dakwa oleh rakyat dan mahkamah kerana iklan dan penjualan tiket yang amat mengelirukan. (Berbeza dengan rakyat malaysia yang suka kena tipu termasuk aku hahaha).

Lagi satu kekurangan Airasia, kalau kita dari Sabah nak ke Penang, kalau dah sampai LCCT, barang-barang yang kita bawa dari Sabah kena check out dulu di LCCT, kemudian check in sekali lagi untuk dari KL ke Penang pula, walhal kalau guna MAS, tak payah buat kerja bodoh tuu, iaitu kita hanya check in dari Sabah dan terus boleh ambik barang di airport Penang. Lainlah ada direct flight dari Sabah ke Penang, so far aku tak pernah jumpa direct flight ke Penang dari Sabah.
No comments:
Post a Comment