Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Software Android Yang Bernama : Shazam dan Tubemate

Kadang-kadang semasa anda mendengar muzik terutamanya di radio, tv atau video clip di kaca tv, anda akan tertanya-tanya apakah nama tajuk muzik ini.

Biasanya kita akan pergi ke google dan cuba teka nama tajuk lagu ini berdasarkan lirik yang anda dengar.

Kadang-kadang anda jumpa dan kadang-kadang anda tak jumpa, kecewa bukan??


Jadi, disinilah kegunaan dan kelebihan Shazam. Cara guna ialah buka Shazam, biarkan handphone anda "mendengar" muzik di radio, tv atau video clip yang anda ingin tahu, tunggu beberapa saat dalam 10 - 45 saat (bergantung kepada kelajuan internet/wifi/line 3G/line 4G anda).


Setelah berjaya Shazam akan tunjukan nama tajuk lagu dan juga link ke video clip tersebut di dalam youtube.com Hebat bukan?

Selepas itu, anda mungkin rasa, kalau dah jumpa nama tajuk muzik yang anda suka tuu dalam youtube, semestilah anda nak simpan video klip tersebut dalam handphone kan?

Jadi disinilah pula bergunanya sofware bernama tube mate.



Cara guna lebih kurang sama dengan Shazam buka Tubemate, tekan butang search, taip nama lagu yang anda mahu. Lepas tuu pilih lagu yang anda nak download. Tubemate akan beri 2 pilihan/option sama ada play atau download, seperti mana biasa mestilah anda pilih download kan. 

So far yang saya tahu tubemate hanya untuk platform atau smartphone yang pakai Android sahaja sebab sofware nii tidak mendapat kelulusan Android Market / Google Play (tak wujud di sini) kecuali anda install sendiri dari websitenya http://tubemate-youtube-downloader.en.softonic.com/android

Selamat mencuba!










Database Movie / Movie Review

Selalunya aku agak blur nak tengok cerita apa bila time hujung minggu atau time aku free. Untuk jimat duit atau jimat data download aku pergi ke http://www.imdb.com/ dahulu sebelum buat keputusan nak tengok cerita tuu atau tidak.

Kat sini ada review cerita nii best atau tak sebab ada rating sekali. Kalau rating 7 keatas biasanya movie nii best lah.

Lagi satu kat sini ada watch thriller atau sedutan filem yang membolehkan seseorang teruja sebelum melihanya.


So far aku tak pernah tengok database sebegini lengkap untuk info movie selain website nii, jadi selamat mencuba!





Sarikata (Subtitle) Untuk Cerita (Movie) Yang di Muaturun (Download) dari Internet (Torrent)

Bagi mereka yang tinggal di negeri yang tiada Pawagam (Cinema) macam Terengganu (di Kuala Terengganu) dan Kelantan (di Kota Bharu), memang susahlah nak lihat cerita-cerita terbaru di pawagam.

Jadi alternative terbaik selain ke Kuantan atau negeri yang ada pawagam ialah beli CD/DVD/Blu Ray. Atau, kalau mahu yang lebih jimat majoriti download guna torrent.

Yaa lah, kalau beli DVD satu keping dah dalam 5-8 sekeping. Lagipun aku tak suka mengkayakan tokey-tokey CD tuu. Lagi satu kualitinya pun tah apa-apa, belum tentu ok ke tak.

Jadi cara terbaik menikmati nak tengok cerita terbaik terutama English Movie ialah melalui http://torrentz.eu/


Dahulu aku tak tahu movie yang di download dari internet melalui torrent ada juga sari kata / subtitle, jadi berzaman-zaman jugalah aku tengok movie yang di download dari internet tanpa sarikata.

Lepas tuu housemate aku kata kita boleh download sarikata/subtitle movie nii dari internet. Caranya ialah.

Taip nama movie tuu di google bersama srt. Contoh : Iron Man srt atau Iron Man Subtitle atau Iron Man Sub English.

Lepas tuu pilih mana-mana website yang menawarkan file subtitle tersebut. Kebiasaanya dalam bentuk yang sudah compress.


Lepas decompress file subtitle tuu, anda kena copy file tuu sebelah menyebelah file movie yang nak dilihat supaya senang cari sek sok dan tak mudah hilang.

Contoh seperti di bawah.


Aku cadangkan pakai VLC media player untuk buka file subtitle nii jika nak play movie yang kauorang nak lihat sebab ianya lebih mudah dan user friendly.

Mula-mula buka movie yang nak lihat guna VLC media player. Kalau tak ada lagi VLC media player boleh download sendiri/kemudian di www.downlaod.com atau http://www.videolan.org/vlc/


Kemudian : click kanan > pergi ke video > subtitle track > open file > cari file subtitle yang sudah di download sebelum ini. Dalam kes aku iron man.srt


Habiss! Let say, jika sarikata keluar cepat atau keluar lambat tak ikut dialog seperti mana movie tuu, anda kenalah download file yang lain sebabnya ada perpuluh ribu yang buat file subtitle tuu dan anda hanya download salah satu darinya sahaja.

Contoh akhir seperti mana di bawah / Contoh movie yang ada subtitle.


Selamat mencuba.






Simpanan Emas

Setelah aku kaji dan rujuk website http://www.zaharuddin.net/ dan lain Ustaz. Teutama Prof. Madya Dr. Asri dan Ustaz Azhar.

Ini print screen aku ambik dari website beliau.


Aku rasa simpanan emas di Kuwait Finance House - KFH paling sesuai dengan aku. Sebabnya

Pertama :

1st di Malaysia yang ada/dapat syariah compliance. Maybank dan Public confirm tak ada sehingga tarikh aku tulis dairy nii.

Kedua :

Margin/Spred antara harga beli dan harga jual tak beza banyak, jadi jika harga emas naik, cepat sikit dapat untung.

Ketiga :

Membantu sesama Islam. KFH confirm dimiliki oleh orang Islam kalau bukan orang Melayu yang miliki at least bukan ke Tok Arab memang 99% Islam kan?

Nak baca lebih lanjut sila baca di:

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/932-ingin-simpan-emas-secara-halal.html



Channel Bola Free

Dah lama dah rasanya tak menulis. Hari nii aku nak kongsi berkenaan Sukan/Sport. Majoriti tahu yang ASTRO yang conquered ESPN dan channel yang seangkatan denganya. Bagi orang yang heavy outstation macam aku. Bayar duit lebih semata-mata nak tengok channel sport bagi aku tak bebaloi. Itu belum lagi "gaduh" dengan bini dan anak untuk tengok channel INDOPEK atau ASTRO CERIA - Channel 611.

So aku cari alternative lain. Masa aku browser internet nampaklah satu website beralamat. http://www.goalsarena.org/ pucuk di cita ulam raja yang datang. Memang memenuhi kehendak aku selama ini.


Bukan sahaja EPL sahaja, lain negara pun adalah. Soo, jimat dah duit beli package ASTRO SPORT.

Untuk orang muda memanglah tak puas lihat sebab sedutan/highlight gol sahaja. Tapi bagi orang buzy macam aku, website ini dah cukup melepas keinginan aku. Nak berjaga malam sorilah bro, esok aku kerja soo kalau mata mengantuk mampus lah kena marah kat bos.

Peti Simpanan Keselamatan Termurah

Masa duduk browse internet aku terjumpa iklan ini. Jadi kalau ikut pengetahuan aku ini yang paling murah di Malaysia. Cuma jee RM 25 setahun.


Beli Emas Di : Public Gold vs. Goldcrest Pavillion vs. Sri Ayu.com

Sekarang sibuk pasal jual beli emas dan invest pasal emas, jadi ini hasil reserch aku sendiri, dan aku harap pembaca dapat menafaatnya.

Aku buat perbandingan dengan Emas 10 gram sahaja sebab Public Dinar dan Goldcrest tak ada syiling emas berbentuk 5 gram, hanya Sri Ayu.com jee yang ada.

Data ni aku ambik pada tarikh yang sama dari 3 website rasmi ke tiga-tiga syarikat tersebut.

Harga Pada : 22 Ogos 2011 Lebih kurang pukul 10.30 malam

Public Gold = Gold bar 10 gram = Jual RM 2004 Beli RM 1841, Beza/Spred = RM 163.00

Goldcrest = Gold bar 10 gram = Jual RM 2050 Beli RM 1750, Beza/Spred = RM 300.00

Sri Ayu.com = Gold bar 10 gram = Jual RM 1920 Beli RM 1804.8, Beza/Spred = RM 115.20


Jadi selepas aku buat perbandingan ini Emas Sri Ayu yang paling murah dan paling kecil harga sprednya!


Public Gold confirm tokey besarnya cina penang walaupun agen dan kuli-kulinya ramai yang melayu.

Goldcrest memang tokeynya melayu punya dan officenya di Nilai.

Sri Ayu tokeynya confirm melayu Islam negeri Kelantan.

Tak caya pergi check sendiri! Websitenya macam yang aku print screen seperti gambar di bawah!!