Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Lauk Mentah Murah

Dalam banyak2 hypermarket, hypermarket mana yang menawarkan separuh harga untuk barang dapur/basah seperti ikan, sayur, daging dan ayam jika bahan mentah tersebut bakal luput esok atau lusa.

Jawapnya GIANT, aku baru perasan kalau lepas aku balik kerja, lepas waktu magrib selalu jugak aku singgah giant sebab rumah aku dekat dengan pasaraya Giant.

Kalau yang jenis nak masak segera dan tak nak letak dalam peti sejuk, terutama orang bujang yang tak ada peti sejuk inilah jawapanya.

Pernah satu minggu tuu aku hari-hari makan steak, harga asal dalam RM 12.00 (dah siap rendam dalam sos steak) lepas offer jatuh RM 6.00, so aku beli balik rumah terus panggang atas daput. Sedappppp, tak rasa langsung ada ciri makanan yang nak luput.

Kalau bercadang nak kumpul duit untuk kahwin atau anda sudah sengkek, inilah salah satu jawapanya. Selamat mencuba.

Good Year Dura Plus


Haaa, yang ni kalau nak jimat tukar tayar dan tak termakan hasutan tokey kedai tayar suruh tukar baru, belilah Good Year Dura Plus. So far memang lasak, aku ni jenis yang suka outstation, satu Malaysia confirm aku round tiap2 tahun.

Kadang-kadang, bunga tayar kita nii selalunya mungkin haus sedikit, tapi kalau yang tak tahu sangat pasal kereta, akan percaya hidup2 tokey kedai.

So dengan tayar ni, tak payah pening2, kalau masa pasang tayar nii, KM dalam 50,000 km so tunggu 150,000 km baru tukar.

Aku rasa kalau kauorang pergi ke kedai tayar untuk balancing pada 130,000 km confirm tokey suruh tukar, so mana yang anda nak percaya warranty kilang good year ker tokey kedai (yang cekik darah/advisor yang takleh pakai)

Cara Jimatkan / Kurangkan Bayaran Bulanan Kad Kredit

Seperti mana yang kita maklum interest kad kredit rata-ratanya dalam 15 % hingga 18 % bergantung kepada "kerajinan" anda membuat bayaran bulanan.

Tahukah anda jika kita boleh jimat / cut interest kad kredit sehingga 9 % setahun.

Bagaimana caranya ? Mudah jee, kalau anda kena bayar ke bank RM 800 sebulan, tetapi rasa nak kurangkan bayaran kepada RM 400 atau ke RM 500 sebulan, pergi jee ke AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit), kenapa ke sana ? Kenapa tidak! AKPK bukan sahaja boleh tolong orang yang dah nak "mati" bernafas semula, bahkan boleh tolong orang yang "licik" kurangkan bayaran ansuran bulananya.

Mana nak cari AKPK ? cari Bank Negara Malaysia (HQ atau Cawangan) mesti jumpa AKPK, kecuali di KL kerana AKPK berada dalam bangunan Maju Holding/Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman.




Tetapi ada keburukannya! Jika anda dah mintak bantuan AKPK, kalau anda nak buat hutang/taik baru, dalam laporan credit anda / CCRIS mesti ada tertera label/huruf " K " jadi Bank-Bank lain mungkin tak hingin bagi pinjam kat anda sebab anda sudah buat taik!

Walaupun ada keburukan tak boleh buat pinjaman lagi selepas ini, sesetengah orang akan "guna" AKPK macam ni : Pernah ada cerita seorang perniaga buat pinjaman RM 100,000 (mamat ni tak kena blacklist pun sebenarnya), lepas tuu kena banyar kat bank dalam RM 3000 sebulan, esok tuu terus ke AKPK, lepas tuu officer AKPK restructured  balik hutang mamat ni, terus boleh bayar RM 1000 sebulan jee, tapi jangka masa pembayaran juga akan panjang sedikit. Tapi save gila dari dok bayar interest 18% terus drop ke 9% (bank mana tak bengang).

Selamat mencuba!




Pinjaman ASB (Maybank Islamic)

Pada tahun 2010, aku ada buat pinjaman ASB, dan aku rasa semua berstatus bumiputra patut buka a/c ASB. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, aku ikut pendapat fatwa kebangsaan  yang kata HARUS! sebab maslahat umat Islam.


Kelebihah Pinjaman ASB (aku buat dengan Maybank) ialah seperti berikut:

1. Paling sesuai untuk orang yang tak berdisplin macam aku. Sebab tak ramai org kat Malaysia boleh potong gaji secara konsistant 400 atau 700 sebulan khas untuk masuk ASB atau lain-lain investment instument contoh masuk Tabung Haji atau Public Mutual.

2. Memang betul potong gaji 400-700 sebulan selama 25 tahun memungkinkan kita dapat 1 juta tapi, tapi lepas simpan-simpan kadar untuk ambik "curi balik" duit sendiri semasa kecemasan amatlah tinggi (polisi pecah tabung hehe)

3. So aku buat polisi paksa simpan kalau tak simpan aku rugi atau kena saman kat bank

4. Maksud aku begini aku buat pinjaman ASB sebanyak 200,000 selama 25 tahun, bulan-bulan kena bayar dalam 1100, tahun pertama jee sakit sebab kena bayar 1100 x 12 bulan =  13 200 tapi lepas cukup 1 tahun ASB akan declare dividentnya, so untuk tahun ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya sehinga 25 tahun aku gunakan duit divident ASB untuk bayar balik pinjaman. So maknanya modal 13 200 tapi besok2 akan dapat 200,000.

5. Memanglah tak berapa lumanyan 200,000 pada 25 tahun akan datang tapi untuk orang yang selalu poket kering tiap2 bulan inilah jalan yang paling tak peningkan kepala. Korek lubang tutup lubang.

6. Kalau KWSP kau orang pencen besok2 ada 300,000 campur duit ASB 200,000 bukan ke dapat 1/2 juta ??

7. Contoh : ASB bagi divident dalam 8.0 % (termasuk bonus), RM 200,000 x 8% = RM 16,000, bayaran tahunan  cuma RM 1100 x 12 bulan = RM 13 200, so kau orang ada lagi lebih 16 000 - 13 200 = 2 800. So sapa nak bagi 2 800 setahun beb! tanpa susah dan payah??

8. Yang ni paling2 aku suka sebab pinjaman ASB Maybank ini dilindungi oleh Takaful so kalau jadi apa2 dengan kita RM 200,000 jadi hak milik family tersayang walaupun kita mungkin cuma baru bayar 2-3 bulan.

9. Satu lagi kelebihah oleh kerana pinjaman islam so kadar bayaran tak akan naik gila-giler walau apapun terjadi, maybank islamic akan cap/kurung pada maximum 10 % sahaja, pada masa aku ambik dulu dalam 6.00 % jee.


Tuisyen Anak-Anak

Kos pelajaran anak-anak cukup memeritkan, masuk umur 4 tahun aku hantar anak aku masuk Smart Reader Kids, belanja permulaan termasuk pendaftaran habis dalam 1600.00, pas tuu aku kena hantar bermula dari 9.00 pagi balik 12.00 thari. Office aku masuk 8.30 pagi terpaksalah mintak ayah aku tolong hantar, duit minyak kena bagi lagi, mujur ayah aku tak berkira untuk hantar cucu sulungnya.

Bulan-bulan kena bayar 270.00 kalau campur fardu ain kena tambah lagi 30.00 itu baru seorang anak, next 2 years tambah anak no 2 pulak (angah). Parah-parah!!

Harap-harap nanti masuk sekolah darjah 1 maybe boleh jimat sikit kot??

Oleh sebab aku sibuk kerja plus tempat kerja aku memang jauh, rasaya kalau bab hantar anak ke sekolah atau pergi tuisyen memang aku kena serah bulat2 je kat wife dan pemandu bas sekolah.

So macam mana kau nak pantau pelajaran anak aku dari jauh terutama pada masa t.hari/waktu rehat dan waktu petang. Dah lah aku pergi pagi kerja balik lewat malam, sebab kerja pelajaran anak-anak terabai. Tak boleh jadi nii aku perlu bertindak sesuatu supaya aku tak selamanya menjadi hamba kerja/hamba bos.

Masa aku pergi sembahyang di masjid negara aku terjumpa dalam bakul moto aku satu flayer pasal score a, pada mula-mulanya aku buat2 tak kisah, sebab anak aku baru masuk tadika so tak perlu lagi pakai score a.
Lepas tuu aku gatai tangan try masuk demo score a http://www.scorea.com/ guna password 82828. Lepas click dan melayari website pendidikan ini dalam 15 minit so aku rasa aku dah menjumpa cara nak pantau pelajaran anak-anak aku dari jauh.
Memang benar pergi sekolah dan pergi tuisyen telah banyak membantu anak-anak cemerlang dalam peperiksaan, tapi sekolah dan tuisyen lebih banyak fokus kepada pembelajaran input, iaitu dengar + masuk jee. Latihan peperiksaan kadang2 memang tak cukup sebab cikgu biasanya kena jaga murid yang ramai kadang2 sampai 40 orang satu kelas.

Kalau anda bekas pelajar UiTM mesti anda ingat, kalau nak dapat paling kurang B+ ialitu 3.33 out of 4.00 kena berlatih jawab 5 tahun pass year question dengan tekun dan tanpa tengok jawapan dan kurang dari masa 2 jam , kalau ikut sifir ni confirm berjaya!!!

Aku kira bangga jugaklah tak pernah fail satu paper pun masa buat diploma dan degree dulu 3 kali anugerah dekan dan sekali best student pada satu-satu semesta.

Maaf, jauh pulak larii, berbalik kepada score a, lepas aku buat analisis sendiri harga RM 796 / 2 anak / untuk 365 hari, pas tuu 24 jam satu hari serta untuk semua subjek dari darjah 1 hingga tingkatan 5 memang berbaloi sangat2. Purata RM 1.09 sen untuk seorang anak!!!
Apa yang aku paling suka ada e-report kad dan sms report kad so aku tahu kalau aku tak terima apa2 report dari score a setaip hari bermakna anak aku tak belajar dan cuma "mengular"

Yang aku tulis nii memang demi Allah sharing secara ikhlas, lebih2 lagi aku tahu score a juga boleh buat duit kalau share dengan ibubapa yang lain. Komisyen juga agak tinggi boleh cecah 1,000 untuk satu orang join itu tak termasuk komisyen yang kaki2/anak buah cari untuk kita lagi.

Apa2 hal kalau berminat call aku 016 3266626 kalau nak tahu sendiri, aku boleh bawak pergi opis dia, tak masuk pun tak paa, pasal dalam ramai2 yang aku bawak contoh 10 orang yang aku bawak pergi preview score a, 1 orang jee masuk.

Aku pegang prinsip yang positive thinking memang tak ramai dalam dunia nii, sebab tuu orang yang berjaya sikit jee dalam dunia nii.

Kini aku pegang prinsip Kak Zaa, jutawan score a (bekas pengurus sumber manusia petronas), bisnes nii bukan cari orang, cuma kami berkongsi secara ikhlas, kalau ibubapa nak anak pandai, masa ni lah aku cuba cucuk jarum, modal sekali tapi untung berkali-kali.

Bagi aku bisnes ni tak ada risiko, sebab anak2 aku boleh pakai, kalau ada orang nak portal ni aku jual, dapat untung runcit lagi. Kalau anak pakai dan pandai resiko dah jadi zero.

Kerja aku ialah tolong share apa yang aku tahu, kau masuk join ke tak nak join ker itu kerja Allah.

Kalau orang kata masuk score a ni cari orang, memanglah salah, orang tak hilanglah kalau nak di cari!!!

Pengalaman Membeli Laptop



So far 3 brand yang paling mudah untuk aku buat analisis. Sony, Dell, Acer atau buatan jepun, buatan amerika, dan buatan taiwan. Tapi, sebenarnaya semuanya banyak di buat di malaysia.

So far kalau aku ada duit lebih aku akan pilih brand sony sebab lasak dan long-term service support yang bagus. Contoh kalau dah habis 1-2 tahun warranty just bawak laptop tersebut ke sony support centre, dia akan kenakan bayaran kos buruh dan kos spare part jee. Aku biasa baiki sony handycam aku di sony service di mid vally. Kat situ tertera jadual kos-kos buruh dan kos spare part yang mereka (sony) akan kenakan, kalau baiki tv kos buruh harga lain, kalau handycam kos buruh harga lain begitu juga laptop harga buruh juga berlainnan.


Berlainan dengan dell pula, memang lasak tapi yang paling aku tak suka kau kena beli warranty baru jika warranty lama dah expired. Let say kalau rosak sikit, kos aku kena beli warranty baru dlm 799.00 tapi kos rosak baru jee 300.00 soo rugi lagi 400.00, tapi kalau laptop kau asyik rosak 3-4 kali dlm masa satu tahun menag berbaloi beli warranty dell.

Dulu laptop dell aku rosak, aku ingat rosak motherboard / chip grafik kad, rupa-rupaynya rosak wayar monitor jee. Tapi berbaloi bagi aku sebab kalau dah tukar mother board baru kira kau dah dapat macam laptop baru. Lagi pun staff dell tak cakap banyak dia ganti jee apa yang kita suruh. Cuma kena sediakan duit.

Sebagai tambahan, staff outsourse dell, datang hingga ke dalam rumah untuk baiki laptop kita, so tak payah bawak pegi office diaorang.

Best friend aku suka dengan brand acer, tapi aku tak ada pengalaman service after sale dengan syarikat acer, tapi dari segi murah memang kau akan dapat spec yang sama dengan sony/dell dengan harga yang jauh lebih murah.

Walaupun  orang kata acer lebih manja, tapi kalau senang untuk di baiki tak salah kalau kita cuba sendiri.

Ayam Percik Best Sampai Menjilat Kaki (Kaki Ayam laa, tak kan aku nak suruh jilat kaki sendiri hehe)


Lokasinya ialah, belakang sekolah menegah kebangsaan petra kota bharu, nama kedai tak ada sebab ianya cuma gerai kecik jee, paling mudah landmarknya berhampiran dengan cabang tiga dekat dengan klinik 1 malaysia kota bharu. Di buka 12.00 t.hari ke atas. Harga terakhir aku beli RM 10.00 untuk 1 panggang, ada 2 ketul ayam saiz agak besar. So far kalau ikut taste aku lagi kick dari ayam percik yati (yang paling mashur di kelantan/kota bharu).

Sila lihat peta untuk lokasi sebenar.