Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Tip Jimat Bila ke Tanah Arab

Harap Maaf, artikel ini saya ambil dari Harian Metro : Kalam Imam Muda - Mohd Hassan - untuk kebaikan bersama.

Link Artikel Asal : http://www.hmetro.com.my/articles/KerenahbangsaArab/Article



PENGALAMAN berurusan serta berkomunikasi dengan masyarakat di Tanah Arab pada kunjungan umrah baru-baru ini memeningkan kepala saya berikutan terasa berbeza berbanding sewaktu saya mengerjakan haji tahun lalu.


Bukan kerana urusan antara haji dan ibadah ini berbeza, sebaliknya yang pertama kerana bahasa Arab mula menjadi bahasa rojak. Masyarakat di sana mula menuju ke arah kerosakan bahasa, ditambah pula dengan faktor warga negara luar berhijrah ke Arab Saudi.

Kebanjiran warga asing di tanah Arab menyebabkan berlakunya percampuran bahasa kerana kebanyakan mereka bertutur sesuka hati dan tidak mengikut tatabahasa, sekali gus merosakkan bahasa itu yang asalnya sangat indah.


Jadi, usah terkejut jika kita mempelajari serta menguasai bahasa Arab dengan baik tetapi akhirnya menemui kesukaran untuk berkomunikasi di negara berkenaan.

Seorang teman saya yang berkesempatan menyambung pelajaran di sebuah pusat pengajian tinggi di sana menceritakan, sukar untuk berbicara serta bertutur bahasa Arab sebaik berada di negara berkenaan pada peringkat awal. 

Mujur saja pengajar di sana memahami kesukaran yang beliau hadapi. Maklumlah, bukan mudah berkomunikasi dengan orang lain yang bercakap bahasa rojak.


Namun yang mengejutkan saya ialah, masalah sama turut dihadapi pelajar dari negara Arab. Cuma bezanya, masalah mereka bukan kerana tidak dapat berkomunikasi, sebaliknya tidak mampu membaca kitab yang tertulis bahasa Arab asli kerana terdedah dengan budaya bahasa rojak.


Kerana itu juga, mereka teruk dimarahi pengajar di sana berikutan dianggap memalukan bangsa sendiri. Inilah realiti yang berlaku terhadap sesuatu bahasa, termasuk di bumi Arab, dan bukan saja berlaku pada bahasa Malaysia yang diracuni pelbagai bahasa rojak.




Selain komunikasi, masalah lain dihadapi apabila bersama masyarakat ini adalah menghadapi dan melayan kerenah mereka. Sesiapa yang pernah berurusan dengan masyarakat di sini pasti biasa mendengar istilah ‘baksis’ atau dalam bahasa mudahnya ‘tips’.


Di sini juga, jangan berharap untuk meminta bantuan secara sukarela. Jauh lagi untuk mendapatkan pertolongan dengan konsep ‘lillahi taala’ kerana menjadi budaya masyarakat di sini semuanya berkehendakkan ganjaran, walaupun sedikit.


Saya pernah berkunjung ke Indonesia tahun lalu dan terkejut dengan budaya membayar tips untuk sesuatu pertolongan diminta.


Namun saya tidak merasa beban di Indonesia berikutan mereka tidak meletakkan harga dengan kita. Sebaliknya, berbeza dengan masyarakat di tanah Arab, serba serbi berkehendakkan tips dengan kadar yang ditentukan dan sangat tidak berpatutan.




Tambahan pula, apabila mereka melihat orang dari luar dan tidak begitu fasih berbahasa Arab, lagi mudah mereka memperkotak-katikkan kita. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah selepas selesai mengerjakan saie di Safa dan Marwah.


Ketika itu saya terlupa membawa gunting untuk tujuan ‘tahallul’. Tahallul ialah apabila jemaah haji atau umrah disunatkan menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut selepas selesai menunaikan umrah. Mujur ada seorang bangsa Arab sudi meminjamkan gunting miliknya.


Namun selepas menggunting sedikit rambut, dia meminta kembali gunting dengan bayaran sebagai ‘kos’ perkhidmatan gunting yang disediakannya.


Lebih memeranjatkan, dia meminta 50 riyal bagi perkhidmatannya sehingga menimbulkan sedikit pertikaman lidah dengannya.




Itu belum lagi kisah teman saya pergi menggunting rambut di kedai gunting. Pada awalnya cuma 20 riyal, itupun dikira mahal kerana harga biasa cuma 10-15 riyal.


Selesai menggunting, tukang gunting itu sibuk pula mahu mencuci rambut. Walaupun ditolak, si tukang gunting seolah-olah menyatakan perkhidmatan itu dilakukan atas dasar semangat sesama Muslim.


Namun, selepas selesai dan mahu membayar, alangkah terkejutnya kerana caj keseluruhan adalah 100 riyal.


Saya juga pernah diceritakan oleh ibu, Arpah Mohd Nor, 60, apabila tiba di lapangan terbang Jeddah, berebut-rebut pekerja di sana ingin mengangkat beg jemaah yang tiba. Terasa sejuk hati melihat ‘keikhlasan’ mereka membantu, namun akhirnya dipaksa membayar sejumlah wang setelah selesai urusan mengangkat beg.


Kini saya pula berdepan situasi sedemikian. Caj dikenakan tidak munasabah kerana mencecah hampir 300-500 riyal.


Namun itulah kerenah yang perlu dihadapi apabila berdepan masyarakat Arab. Bukan saya mengatakan semua orang Arab begitu, tetapi boleh saya katakan majoritinya begitu.


Mereka juga gemar bersumpah dengan perkataan ‘Wallahi’ dalam tutur bicara, walaupun kadangkala mereka berdusta.




Setelah mengkaji kerenah bangsa ini, akhirnya saya bertemu sedikit jawapan melalui ayat yang dinyatakan dalam surah At-Taubah ayat 96-97, di mana Allah SWT berfirman: “Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik.”


“Orang-orang Arab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas (dan hukum syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


“Dan sebahagian dari orang-orang Arab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Tidak hairan mengapa Nabi Muhammad SAW diturunkan ke atas bangsa Arab. Tidak dapat digambarkan bagaimana mulianya akhlak Nabi Muhammad SAW, sedangkan baginda daripada kalangan bangsa yang kebanyakannya rosak akhlak.


Jadi, selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak perlulah kita berasa pelik seandainya umat Islam sukar bersatu kerana kita akan terus menanti dan menanti sehingga mereka tidak lagi sibuk dengan kedegilan dan sifat keras kepala mereka.




Website Yang Compare Interest Rate Loan Rumah dari Bank-Bank di Malaysia

Hari ini aku jumpa satu website yang compare interest rate dari sebahagian besar dari bank-bank di Malaysia.

Aku rasa tools yang ada dalam website ini menolong kita membuat keputusan yang lebih tepat dan berhemah, dengan mengetahui bank mana yang mengenakan interest loan rumah / keuntungan yang paling rendah di Malaysia.

Nama Website tersebut : http://www.smartloans.my/

Selamat mencuba!

Software Android Yang Bernama : Shazam dan Tubemate

Kadang-kadang semasa anda mendengar muzik terutamanya di radio, tv atau video clip di kaca tv, anda akan tertanya-tanya apakah nama tajuk muzik ini.

Biasanya kita akan pergi ke google dan cuba teka nama tajuk lagu ini berdasarkan lirik yang anda dengar.

Kadang-kadang anda jumpa dan kadang-kadang anda tak jumpa, kecewa bukan??


Jadi, disinilah kegunaan dan kelebihan Shazam. Cara guna ialah buka Shazam, biarkan handphone anda "mendengar" muzik di radio, tv atau video clip yang anda ingin tahu, tunggu beberapa saat dalam 10 - 45 saat (bergantung kepada kelajuan internet/wifi/line 3G/line 4G anda).


Setelah berjaya Shazam akan tunjukan nama tajuk lagu dan juga link ke video clip tersebut di dalam youtube.com Hebat bukan?

Selepas itu, anda mungkin rasa, kalau dah jumpa nama tajuk muzik yang anda suka tuu dalam youtube, semestilah anda nak simpan video klip tersebut dalam handphone kan?

Jadi disinilah pula bergunanya sofware bernama tube mate.



Cara guna lebih kurang sama dengan Shazam buka Tubemate, tekan butang search, taip nama lagu yang anda mahu. Lepas tuu pilih lagu yang anda nak download. Tubemate akan beri 2 pilihan/option sama ada play atau download, seperti mana biasa mestilah anda pilih download kan. 

So far yang saya tahu tubemate hanya untuk platform atau smartphone yang pakai Android sahaja sebab sofware nii tidak mendapat kelulusan Android Market / Google Play (tak wujud di sini) kecuali anda install sendiri dari websitenya http://tubemate-youtube-downloader.en.softonic.com/android

Selamat mencuba!










Database Movie / Movie Review

Selalunya aku agak blur nak tengok cerita apa bila time hujung minggu atau time aku free. Untuk jimat duit atau jimat data download aku pergi ke http://www.imdb.com/ dahulu sebelum buat keputusan nak tengok cerita tuu atau tidak.

Kat sini ada review cerita nii best atau tak sebab ada rating sekali. Kalau rating 7 keatas biasanya movie nii best lah.

Lagi satu kat sini ada watch thriller atau sedutan filem yang membolehkan seseorang teruja sebelum melihanya.


So far aku tak pernah tengok database sebegini lengkap untuk info movie selain website nii, jadi selamat mencuba!





Sarikata (Subtitle) Untuk Cerita (Movie) Yang di Muaturun (Download) dari Internet (Torrent)

Bagi mereka yang tinggal di negeri yang tiada Pawagam (Cinema) macam Terengganu (di Kuala Terengganu) dan Kelantan (di Kota Bharu), memang susahlah nak lihat cerita-cerita terbaru di pawagam.

Jadi alternative terbaik selain ke Kuantan atau negeri yang ada pawagam ialah beli CD/DVD/Blu Ray. Atau, kalau mahu yang lebih jimat majoriti download guna torrent.

Yaa lah, kalau beli DVD satu keping dah dalam 5-8 sekeping. Lagipun aku tak suka mengkayakan tokey-tokey CD tuu. Lagi satu kualitinya pun tah apa-apa, belum tentu ok ke tak.

Jadi cara terbaik menikmati nak tengok cerita terbaik terutama English Movie ialah melalui http://torrentz.eu/


Dahulu aku tak tahu movie yang di download dari internet melalui torrent ada juga sari kata / subtitle, jadi berzaman-zaman jugalah aku tengok movie yang di download dari internet tanpa sarikata.

Lepas tuu housemate aku kata kita boleh download sarikata/subtitle movie nii dari internet. Caranya ialah.

Taip nama movie tuu di google bersama srt. Contoh : Iron Man srt atau Iron Man Subtitle atau Iron Man Sub English.

Lepas tuu pilih mana-mana website yang menawarkan file subtitle tersebut. Kebiasaanya dalam bentuk yang sudah compress.


Lepas decompress file subtitle tuu, anda kena copy file tuu sebelah menyebelah file movie yang nak dilihat supaya senang cari sek sok dan tak mudah hilang.

Contoh seperti di bawah.


Aku cadangkan pakai VLC media player untuk buka file subtitle nii jika nak play movie yang kauorang nak lihat sebab ianya lebih mudah dan user friendly.

Mula-mula buka movie yang nak lihat guna VLC media player. Kalau tak ada lagi VLC media player boleh download sendiri/kemudian di www.downlaod.com atau http://www.videolan.org/vlc/


Kemudian : click kanan > pergi ke video > subtitle track > open file > cari file subtitle yang sudah di download sebelum ini. Dalam kes aku iron man.srt


Habiss! Let say, jika sarikata keluar cepat atau keluar lambat tak ikut dialog seperti mana movie tuu, anda kenalah download file yang lain sebabnya ada perpuluh ribu yang buat file subtitle tuu dan anda hanya download salah satu darinya sahaja.

Contoh akhir seperti mana di bawah / Contoh movie yang ada subtitle.


Selamat mencuba.






Simpanan Emas

Setelah aku kaji dan rujuk website http://www.zaharuddin.net/ dan lain Ustaz. Teutama Prof. Madya Dr. Asri dan Ustaz Azhar.

Ini print screen aku ambik dari website beliau.


Aku rasa simpanan emas di Kuwait Finance House - KFH paling sesuai dengan aku. Sebabnya

Pertama :

1st di Malaysia yang ada/dapat syariah compliance. Maybank dan Public confirm tak ada sehingga tarikh aku tulis dairy nii.

Kedua :

Margin/Spred antara harga beli dan harga jual tak beza banyak, jadi jika harga emas naik, cepat sikit dapat untung.

Ketiga :

Membantu sesama Islam. KFH confirm dimiliki oleh orang Islam kalau bukan orang Melayu yang miliki at least bukan ke Tok Arab memang 99% Islam kan?

Nak baca lebih lanjut sila baca di:

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/932-ingin-simpan-emas-secara-halal.html



Channel Bola Free

Dah lama dah rasanya tak menulis. Hari nii aku nak kongsi berkenaan Sukan/Sport. Majoriti tahu yang ASTRO yang conquered ESPN dan channel yang seangkatan denganya. Bagi orang yang heavy outstation macam aku. Bayar duit lebih semata-mata nak tengok channel sport bagi aku tak bebaloi. Itu belum lagi "gaduh" dengan bini dan anak untuk tengok channel INDOPEK atau ASTRO CERIA - Channel 611.

So aku cari alternative lain. Masa aku browser internet nampaklah satu website beralamat. http://www.goalsarena.org/ pucuk di cita ulam raja yang datang. Memang memenuhi kehendak aku selama ini.


Bukan sahaja EPL sahaja, lain negara pun adalah. Soo, jimat dah duit beli package ASTRO SPORT.

Untuk orang muda memanglah tak puas lihat sebab sedutan/highlight gol sahaja. Tapi bagi orang buzy macam aku, website ini dah cukup melepas keinginan aku. Nak berjaga malam sorilah bro, esok aku kerja soo kalau mata mengantuk mampus lah kena marah kat bos.