Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Sarikata (Subtitle) Untuk Cerita (Movie) Yang di Muaturun (Download) dari Internet (Torrent)

Bagi mereka yang tinggal di negeri yang tiada Pawagam (Cinema) macam Terengganu (di Kuala Terengganu) dan Kelantan (di Kota Bharu), memang susahlah nak lihat cerita-cerita terbaru di pawagam.

Jadi alternative terbaik selain ke Kuantan atau negeri yang ada pawagam ialah beli CD/DVD/Blu Ray. Atau, kalau mahu yang lebih jimat majoriti download guna torrent.

Yaa lah, kalau beli DVD satu keping dah dalam 5-8 sekeping. Lagipun aku tak suka mengkayakan tokey-tokey CD tuu. Lagi satu kualitinya pun tah apa-apa, belum tentu ok ke tak.

Jadi cara terbaik menikmati nak tengok cerita terbaik terutama English Movie ialah melalui http://torrentz.eu/


Dahulu aku tak tahu movie yang di download dari internet melalui torrent ada juga sari kata / subtitle, jadi berzaman-zaman jugalah aku tengok movie yang di download dari internet tanpa sarikata.

Lepas tuu housemate aku kata kita boleh download sarikata/subtitle movie nii dari internet. Caranya ialah.

Taip nama movie tuu di google bersama srt. Contoh : Iron Man srt atau Iron Man Subtitle atau Iron Man Sub English.

Lepas tuu pilih mana-mana website yang menawarkan file subtitle tersebut. Kebiasaanya dalam bentuk yang sudah compress.


Lepas decompress file subtitle tuu, anda kena copy file tuu sebelah menyebelah file movie yang nak dilihat supaya senang cari sek sok dan tak mudah hilang.

Contoh seperti di bawah.


Aku cadangkan pakai VLC media player untuk buka file subtitle nii jika nak play movie yang kauorang nak lihat sebab ianya lebih mudah dan user friendly.

Mula-mula buka movie yang nak lihat guna VLC media player. Kalau tak ada lagi VLC media player boleh download sendiri/kemudian di www.downlaod.com atau http://www.videolan.org/vlc/


Kemudian : click kanan > pergi ke video > subtitle track > open file > cari file subtitle yang sudah di download sebelum ini. Dalam kes aku iron man.srt


Habiss! Let say, jika sarikata keluar cepat atau keluar lambat tak ikut dialog seperti mana movie tuu, anda kenalah download file yang lain sebabnya ada perpuluh ribu yang buat file subtitle tuu dan anda hanya download salah satu darinya sahaja.

Contoh akhir seperti mana di bawah / Contoh movie yang ada subtitle.


Selamat mencuba.






Simpanan Emas

Setelah aku kaji dan rujuk website http://www.zaharuddin.net/ dan lain Ustaz. Teutama Prof. Madya Dr. Asri dan Ustaz Azhar.

Ini print screen aku ambik dari website beliau.


Aku rasa simpanan emas di Kuwait Finance House - KFH paling sesuai dengan aku. Sebabnya

Pertama :

1st di Malaysia yang ada/dapat syariah compliance. Maybank dan Public confirm tak ada sehingga tarikh aku tulis dairy nii.

Kedua :

Margin/Spred antara harga beli dan harga jual tak beza banyak, jadi jika harga emas naik, cepat sikit dapat untung.

Ketiga :

Membantu sesama Islam. KFH confirm dimiliki oleh orang Islam kalau bukan orang Melayu yang miliki at least bukan ke Tok Arab memang 99% Islam kan?

Nak baca lebih lanjut sila baca di:

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/932-ingin-simpan-emas-secara-halal.html



Channel Bola Free

Dah lama dah rasanya tak menulis. Hari nii aku nak kongsi berkenaan Sukan/Sport. Majoriti tahu yang ASTRO yang conquered ESPN dan channel yang seangkatan denganya. Bagi orang yang heavy outstation macam aku. Bayar duit lebih semata-mata nak tengok channel sport bagi aku tak bebaloi. Itu belum lagi "gaduh" dengan bini dan anak untuk tengok channel INDOPEK atau ASTRO CERIA - Channel 611.

So aku cari alternative lain. Masa aku browser internet nampaklah satu website beralamat. http://www.goalsarena.org/ pucuk di cita ulam raja yang datang. Memang memenuhi kehendak aku selama ini.


Bukan sahaja EPL sahaja, lain negara pun adalah. Soo, jimat dah duit beli package ASTRO SPORT.

Untuk orang muda memanglah tak puas lihat sebab sedutan/highlight gol sahaja. Tapi bagi orang buzy macam aku, website ini dah cukup melepas keinginan aku. Nak berjaga malam sorilah bro, esok aku kerja soo kalau mata mengantuk mampus lah kena marah kat bos.

Peti Simpanan Keselamatan Termurah

Masa duduk browse internet aku terjumpa iklan ini. Jadi kalau ikut pengetahuan aku ini yang paling murah di Malaysia. Cuma jee RM 25 setahun.


Beli Emas Di : Public Gold vs. Goldcrest Pavillion vs. Sri Ayu.com

Sekarang sibuk pasal jual beli emas dan invest pasal emas, jadi ini hasil reserch aku sendiri, dan aku harap pembaca dapat menafaatnya.

Aku buat perbandingan dengan Emas 10 gram sahaja sebab Public Dinar dan Goldcrest tak ada syiling emas berbentuk 5 gram, hanya Sri Ayu.com jee yang ada.

Data ni aku ambik pada tarikh yang sama dari 3 website rasmi ke tiga-tiga syarikat tersebut.

Harga Pada : 22 Ogos 2011 Lebih kurang pukul 10.30 malam

Public Gold = Gold bar 10 gram = Jual RM 2004 Beli RM 1841, Beza/Spred = RM 163.00

Goldcrest = Gold bar 10 gram = Jual RM 2050 Beli RM 1750, Beza/Spred = RM 300.00

Sri Ayu.com = Gold bar 10 gram = Jual RM 1920 Beli RM 1804.8, Beza/Spred = RM 115.20


Jadi selepas aku buat perbandingan ini Emas Sri Ayu yang paling murah dan paling kecil harga sprednya!


Public Gold confirm tokey besarnya cina penang walaupun agen dan kuli-kulinya ramai yang melayu.

Goldcrest memang tokeynya melayu punya dan officenya di Nilai.

Sri Ayu tokeynya confirm melayu Islam negeri Kelantan.

Tak caya pergi check sendiri! Websitenya macam yang aku print screen seperti gambar di bawah!!







Sabah : Tempat Membeli Cenderahati dan Mutiara Yang Murah di Kota Kinabalu

Jika anda pergi ke Sabah atas urusan kerja atau melancong, pasti jika anda mahu pulang ke Semenanjung anda akan tercari2 tempat menjual cenderahati macam key chain, baju t-shirt, perhiasan mutiara dan barang-barang kraftangan.

Jika anda tak mahu "kena sembelih" hidup2 di pasar filipina, anda cari tempat ini!

Sebabnya;

1. Murah! Selalunya ada discount dari 50% hingga 70& bergantung kepada musim.

2. Banyak pilihan.

3. On stop center, iaitu tak payah cari banyak kedai semuanya ada di bawah satu bumbung.

4. Dalam bandar Kota Kinabalu dan senang di cari.


Alamatnya;

Lot 3 Ground Floor Block H,
Sinsuran Complex P.O.Box 15654,
88860 Kota Kinabalu, Sabah,
East Malaysia.
Tel : (60)088-264551
Fax :(60)088-216551
E-mail: jamilah2my@yahoo.com


Kalau anda nak tahu sebenarnya, puak2 peruncit di Pasar Filipina ni sebenarnya beli kraftangan dan mutiara (air masin atau air tawar) di tempat inilah. Cuma ramai pelancong yang tak tahu, sama jugak macam aku dulu (yang ngok), lepas rajin bertanya(orang tempatan), barulah rahsia ini pecah.









Memiliki Telefon Idaman Anda Tanpa Rasa Banyak Beban Keluar Duit


Aku tak tak rasa ini cara berjimat, tapi boleh meringakan beban kerana tak payah bayar lump-sum / banyak2 sekali gus. Iaitu bayar secara angsuran!

Mula-mula aku dapat jumpa plan ni, di sebabkan masalah berikut; Wife aku ambil line postpaid Celcom yang kena bayar commitment RM 50 sebulan. Lepas dia juga ambik Celcom broadband yang kena bayar bulanan RM 68.00 sebulan. So jumlah kena bayar bulan2 RM 50 + RM 68.00 = RM 118.00 sebulan.

So aku yakinkan wife aku dari duduk bayar bulan RM 118.00 tanpa dapat apa2. Lebih baik tukar plan DIGI IPHONE 4 bayar bulan2 lebih kurang sama, tapi dapat Iphone 4 free! (nampak macam free lah) Tak caya cuba lihat "printscreen" dibawah. Cuma kena bayar bulanan RM 107.38 kat bank yang kita swipe kad kredit selama 36 bulan tapi dapat iPhone 4 satu.


Walaupun internet Digi bagi 1GB jee satu bulan, tapi wife aku memang tak guna heavy sebab dia guna untuk surfing research dan baca membaca jee, bukan download movie ataupun download lagu mp3 guna torrent.



Ramai yang ingat dengan plan digi nii (ikut gambar di atas), kita kena bayar pendahuluan harga telefon. Sebenarnya tidak, satu sen pun tak bayar! Anda cuma kena serah kad kredit anda dan cara anda kena cas ke dalam kad credit adalah seperti berikut. Saya guna contoh hp Samsung Galaxy X II sahaja.

Bil Digi Bulanan RM 68 + 6% gov tax = RM RM 72.08

RM 72.08 x 24 bulan (bayaran bil bulanan, dibayar secara pendahuluan) = RM 1,729.92

RM 1,729.92 + RM 1,349.00 = RM 3,078.92 jumlah kena bayar / di cas kepada kad kredit

RM 3,078.92 bahagi 24 bulan = RM 128.28

Mula2 aku citer kat opis mate aku dia terkejut macam tak caya, sebab macam Celcom dan Maxis yang rata2nya kena bayar certain amount duit dahulu baru dapat tel. Tapi Digi tidak! Tapi lepas aku tekan calculator dan kira depan mata diorang macam kiraan diatas, meloncat2 diaorang, sebab salah seorang opis mate aku memang desperate giler nak pakai "Samsung Galaxy S II".

Lagipun beli di Digi lagi best, kalau rosak (dalam masa warranty) dan tak boleh baiki! Boleh terus tukar yang baru (tukar yang brand new) tapi kena pergi sendiri tukar di Digi Specialist Centre / Main Branch. Kalau beli di kedai Cokia/Cap Ayam/Apek, tak pernah lagi aku dengar boleh tukar baru! Kalau kena baiki dulu adalah, kalau tukar terus sorry!!

Itu jee perkonsian aku, kalau tak caya pergi tanya sendiri lah!!!