Walhal, AHB juga ada ciri-ciri yang penting yang tak ada pada ASB.
Pertama : Patuh Syariah. Kalau ASB bukan semua mufti setuju yaaa.
Kedua : Sudah siap tolak zakat. Kalau divident bersih 7% maka pulangan ialah 9.5%, walaupun ASB kata pulangan 8.5% tapi sebenarnya lepas tolak zakat cuma 6.5%
Ketiga : Direct masuk a/c maybank. Kalau ASB kena pergi ambik dengan agan ASB dulu (bank/pejabat pos/kaunter).
Keempat : Pembayaran 2 kali setahun. Boleh jadi macam duit income gaji/pencen/bonus setiap tahun
Namun begitu, aku rasa salah satu disadvantage pelaburan AHB yang tidak membenarkan divident yang diberi ditop up balik ke modal asal. Contoh pelaburan RM 1000, divident tahun 2012 = RM 100. RM 100 tuu tak boleh top up jadi RM 1100 = RM 1000 (modal asal) + RM 100 (divident).
Kalau aku pencen sek sok aku ingat nak masuk sebahagian besar simpanan KWSP ke sini dengan alasan-alasan yang telah disebutkan disini/diatas.