Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Selamat Hari Krismas Kepada Rakan-Rakan Ku

Selamat hari krismas kepada semua rakan-rakan ku yang beragama Kristian.

Bagi orang Islam agama itu adalah cara hidup dan orang bukan Islam mesti faham Islam umpama air bagi ikan dan udara bagi manusia.

Kami selaku rakyat majoriti yang beragama Islam tidak akan menghalang mana-mana kaum yang mempunyai   amalan agama masing-masing untuk mengamalkan agama mereka.

Akan tetapi sebagai umat Islam kami juga dipertanggung jawabkan untuk mendakwah kepada bukan Islam supaya kita semua selamat di dunia dan akhirat (negara yang kekal abadi).

Sebenarnya Islam, Kristian dan Agama Yahudi (Jewish) berasal dari sumber yang sama dan Tuhan yang sama iaitu Allah. Cuma cara pemahaman kita terhadap Allah sahaja yang berbeza.

Kepada rakan yang beragama Kristian yang ingin menguji adakah agama yang anda anuti ini benar atau tidak  , atau adakah Islam itu benar atau tidak, silalah study dan kaji di

www.youtube.com dan search : debate antara : Ahmad Deedat vs Jimmy Swaggart



atau

http://www.youtube.com/watch?v=IYMKQKSV0bY


atau

Debate between : Dr. Zakir Naik vs Public (Kristian / Hindu / Buddis Spectator)

 

Cara Download Movie Dari Internet

1. Download sofware nama "utorrent". Dari website berikut. http://www.utorrent.com/

Sebab apa aku guna utorrent. Sebabnya software ini stabil dan amat jarang crash, pas tuu software ini juga kecik dan tak banyak makan space hard disk.




2. Lepas download install utorrent dlm computer. Kalau anda buka software ia akan nampak lebih kurang macam nii.




3. Lepas tuu masuk/pergi ke website ini. http://torrentz.eu/


4. Taip di ruangan search movie yang anda mahu.


5. Aku lebih suka taip di ruang search "dvdrip 2012" sebabnya dvdrip adalah istilah movie yang dicopy dari dvd original, so dia punya gambar dan suara kira beres/cantik laa.

Tip : Kalau nak cari cerita lama cuma taip "dvdrip 2011" atau apa sahaja tahun kesukaan anda macam "dvdrip 2009"

6. Lepas taip "dvdrip 2012" anda akan nampak senarai movie yang boleh di download. Click movie yg anda mahu. 

Contoh : Ted 2012 DVDRiP XViD AC3 PSiG » movies divx xvid video

7. Selepas click anda akan dihubungkan ke senarai-senarai database torrent link untuk movie "Ted 2012 DVDRiP XViD AC3 PSiG » movies divx xvid video. Contoh :

8. Click salah satu dari link database tersebut. Aku lebih suka link database "1337x.org" 

 http://1337x.org/torrent/422951/0/ 

Sebabnya linknya jarang putus dan stabil. 

9. Lepas tuu click di butang "magnet download". Butang warna hijau seperti mana yg dalam gambar dibawah.


10. Lepas click magnet download. Fungsi software utorrent (http://www.utorrent.com/) akan berfunsi secara otomatik untuk support file dari "magnet torrent" ini. 

Kalau utorrent tak berfungsi secara automatik maknanya "something wrong" dan anda maybe kena install utorrent balik. 

11. Last sekali tekan butang OK. 

12. Biarkan movie tuu download melalui utorrent sehingga selesai. Kadar siap habis download bergantung kepada 1) Saiz movie tuu 2) Kelajuan internet anda 3) Berapa banyak "seeder" / penyumbang dan "leeches" penerima/lintah yang tengah download movie tuu. Contoh : 



13. Untuk panduan movie dan review dan berapa star dan rating movie tuu aku suka rujuk. http://www.imdb.com/. Taip diruang search movie apa kauorang nak tengok dan sedutan/review movie tuu akan di tunjukan. 



Thank You!


  

Peringatan dan Nasihat Sebelum Melancong ke Luar Negara


Kepada mereka yang tak suka tengok documentary dan tidak pernah melanggan Discovery Channel aku nak beritahu yang ada satu rancangan yang memang patut kau orang tengok sebelum melancong ke luar negara.

Nama channel tuu "SCAM CITY", summary nya berkisar macam mana kamu sebagai pelancong boleh ditipu dengan jenayah terancang. 


Sebagai contoh jika ke Thailand cara yang licik dan terancang supaya kamu membeli permata dengan harga yang mahal. Ramai yang terlibat termasuk pemandu pelancong, pelancong, tuk tuk / pemandu teksi (sebagai contoh)

Di Istanbul Turki kamu akan di diajak ke Night Club oleh seorang penipu yang belagak sebagai pelancong dan kamu akan dikenakan dengan bayaran GRO yang mahal (kad kredit).

Contoh : http://www.youtube.com/watch?v=eKo7JW5isuA

Selamat Menonton!





Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Aku kurang pasti kenapa rakan sekerja masih skeptical dan kurang bersungguh tentang pelaburan AHB, tapi kalau ASB dan Saham Bank Rakyat laju nak simpan.

Walhal, AHB juga ada ciri-ciri yang penting yang tak ada pada ASB.

Pertama : Patuh Syariah. Kalau ASB bukan semua mufti setuju yaaa.

Kedua : Sudah siap tolak zakat. Kalau divident bersih 7% maka pulangan ialah 9.5%, walaupun ASB kata pulangan 8.5% tapi sebenarnya lepas tolak zakat cuma 6.5%

Ketiga : Direct masuk a/c maybank. Kalau ASB kena pergi ambik dengan agan ASB dulu (bank/pejabat pos/kaunter).

Keempat : Pembayaran 2 kali setahun. Boleh jadi macam duit income gaji/pencen/bonus setiap tahun

Namun begitu, aku rasa salah satu disadvantage pelaburan AHB yang tidak membenarkan divident yang diberi ditop up balik ke modal asal. Contoh pelaburan RM 1000, divident tahun 2012 = RM 100. RM 100 tuu tak boleh top up jadi RM 1100 = RM 1000 (modal asal) + RM 100 (divident).

Kalau aku pencen sek sok aku ingat nak masuk sebahagian besar simpanan KWSP ke sini dengan alasan-alasan yang telah disebutkan disini/diatas.

AGIHAN KETIGA...Nor Azamin (kanan) dan Kamalul Arifin mengumumkan dividen AHB di Kuala Lumpur, semalam.

 

    

Kamera Untuk Snorkeling

Satu pengajaran bagi aku, supaya pembaca tidak mengulangi kesilapan aku.

Membeli kamera pakai buang yang boleh masuk dalam air untuk tujuan snorkeling memang membuang duit. Sebabnya kos nya seperti berikut.

  
Harga kamera pakai buang (yg boleh masuk air)  = RM 45.00
Kos buat DVD/CD di kedai = RM 10.00
Kos cuci filem = 27 keping x 40 sen (saiz 4R) = RM 10.80
Kos bahan kimia filem = RM 6.00 (aku pun heran kena kedai gambar di Kota Kinabalu charge aku banyak nii, bukan ke free jee sebab harga gambar dah jadi 40 SEN sekeping?)

Jumlah besar = RM 71.80





TAPI, kalau beli plastik hp yang waterproof cuma dalam linkungan RM 50 - RM 60 sahaja. Kalau ikut harga www.lelong.com.my dan mudah.my

Antara kelebihan lain:

1. Filem tak terhad, kalau camera filem underwater, cuma boleh ambik 27 keping sahaja.
2. Tak payah beli filem baru dan camera baru.
3. Casing boleh pakai berulang-ulang kali, sehingga rosak.

Patutlah teknologi filem lama cepat mampos dan terima kasih teknologi digital! Minta maaf bahasa agak kasar sikit sebab, aku yang rugi duit, bukan anda semua.








Ikan Kekacang

Kepada anak-anakku, aku ingat hok mak ayah aku pesan tu cerita main-main jee, rupa-ruapanya ramai lagi family lain yang tidak dibenarkan makan ikan nii.


Oleh kerana tulisan kecik dan payah di baca, aku copy balik keseluruhan ayat dalam gambar di atas :
Ni ikan kekacang diberi nama, sesetengah keluarga dan keturunan dilarang daripada makan ikan ini, Dkatakn ikan ni tlh men0l0ng wali allah yg lemas utk sampai ke drt. Maka wali allah ni, mengharamkn sluruh kturunanya memakan ikan ni. Ada yg kata, ble mkn ikan ni jd sakit. Wallahu alam

adik kakok termasuk dalam kategori keturunan terlarang ko jgk?

Kamus Dialek di Malaysia

Haha, aku tak sangka ada juga website macam ni dalam Internet. Bijak! Bijak!

Maknanya jika anda orang KL atau Selangor atau sesiapa sahaja nak tahu lorat-lorat / dialek yang ada di Malaysia ini terutama bahasa Kelantan atau Terengganu yang terbukti dialek bahasa melayu yang paling susah untuk di kuasai dan fahami.

Silalah berkunjung ke website nii.

http://www.kamusdialek.com/

Contoh Yang Menarik

3 amah = Rm 1.50 sen

kamusdialek.com/maksuhttp://www.kamusdialek.com/d.php?char=T&kd_id=110&dialek=Tiga amah


Supik/Jabir = Beg Plastik

http://kamusdialek.com/result.php?q=jabir