Dalam banyak2 hypermarket, hypermarket mana yang menawarkan separuh harga untuk barang dapur/basah seperti ikan, sayur, daging dan ayam jika bahan mentah tersebut bakal luput esok atau lusa.
Jawapnya GIANT, aku baru perasan kalau lepas aku balik kerja, lepas waktu magrib selalu jugak aku singgah giant sebab rumah aku dekat dengan pasaraya Giant.
Kalau yang jenis nak masak segera dan tak nak letak dalam peti sejuk, terutama orang bujang yang tak ada peti sejuk inilah jawapanya.
Pernah satu minggu tuu aku hari-hari makan steak, harga asal dalam RM 12.00 (dah siap rendam dalam sos steak) lepas offer jatuh RM 6.00, so aku beli balik rumah terus panggang atas daput. Sedappppp, tak rasa langsung ada ciri makanan yang nak luput.
Kalau bercadang nak kumpul duit untuk kahwin atau anda sudah sengkek, inilah salah satu jawapanya. Selamat mencuba.
Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog aku. Aku buat blog nii salah satu sebab ialah untuk elak aku sendiri lupa dan hilang begitu sahaja. Jadi, cara termudah untuk aku ingat kembali apa yang aku tulis ialah melalui blog ni. Aku tak kisah ada orang baca ke tak. Tetapi kalau kauorang share maklumat ini dengan orang lain, aku dapat pahala, pendek kata kalau aku mati sek-sok aku harap anak cucu aku dapat manafaat dan nasihat berguna seperti mana aku masih hidup.
Popular Posts / Paling Ramai Pembaca
-
Pada tahun 2010, aku ada buat pinjaman ASB, dan aku rasa semua berstatus bumiputra patut buka a/c ASB. Bab halal haram tuu, tak payah na...
-
Aku tak tak rasa ini cara berjimat, tapi boleh meringakan beban kerana tak payah bayar lump-sum / banyak2 sekali gus. Iaitu bayar secara an...
-
Jika anda pergi ke Sabah atas urusan kerja atau melancong, pasti jika anda mahu pulang ke Semenanjung anda akan tercari2 tempat menjual cend...
-
Aku kurang pasti kenapa rakan sekerja masih skeptical dan kurang bersungguh tentang pelaburan AHB, tapi kalau ASB dan Saham Bank Rakyat...
-
1. Download sofware nama "utorrent". Dari website berikut. http://www.utorrent.com/ Sebab apa aku guna utorrent. Sebabnya softw...
-
Hari ini aku baru sudah buat IC baru. Kalau di negeri lain ambil masa lebih kurang 2 minggu baru siap. Berita diterima dari kawan di Putr...
-
Kos pelajaran anak-anak cukup memeritkan, masuk umur 4 tahun aku hantar anak aku masuk Smart Reader Kids, belanja permulaan termasuk pendaft...
-
Hari ini aku jumpa ubat resdung paling mujarab dan bertindak dengan pantas. Pengalaman aku pakai ianya berkesan dalam masa 5-10 minit....
-
Kadang-kadang di Malaysia kita nii amat susah nak dapatkan duit syiling baru untuk kegunaan peribadi mahupun perniagaan. Ada yang ...
-
Hari ini aku jumpa satu website yang compare interest rate dari sebahagian besar dari bank-bank di Malaysia. Aku rasa tools yang ada dala...
Good Year Dura Plus
Haaa, yang ni kalau nak jimat tukar tayar dan tak termakan hasutan tokey kedai tayar suruh tukar baru, belilah Good Year Dura Plus. So far memang lasak, aku ni jenis yang suka outstation, satu Malaysia confirm aku round tiap2 tahun.
Kadang-kadang, bunga tayar kita nii selalunya mungkin haus sedikit, tapi kalau yang tak tahu sangat pasal kereta, akan percaya hidup2 tokey kedai.
So dengan tayar ni, tak payah pening2, kalau masa pasang tayar nii, KM dalam 50,000 km so tunggu 150,000 km baru tukar.
Aku rasa kalau kauorang pergi ke kedai tayar untuk balancing pada 130,000 km confirm tokey suruh tukar, so mana yang anda nak percaya warranty kilang good year ker tokey kedai (yang cekik darah/advisor yang takleh pakai)
Cara Jimatkan / Kurangkan Bayaran Bulanan Kad Kredit
Seperti mana yang kita maklum interest kad kredit rata-ratanya dalam 15 % hingga 18 % bergantung kepada "kerajinan" anda membuat bayaran bulanan.
Tahukah anda jika kita boleh jimat / cut interest kad kredit sehingga 9 % setahun.
Bagaimana caranya ? Mudah jee, kalau anda kena bayar ke bank RM 800 sebulan, tetapi rasa nak kurangkan bayaran kepada RM 400 atau ke RM 500 sebulan, pergi jee ke AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit), kenapa ke sana ? Kenapa tidak! AKPK bukan sahaja boleh tolong orang yang dah nak "mati" bernafas semula, bahkan boleh tolong orang yang "licik" kurangkan bayaran ansuran bulananya.
Mana nak cari AKPK ? cari Bank Negara Malaysia (HQ atau Cawangan) mesti jumpa AKPK, kecuali di KL kerana AKPK berada dalam bangunan Maju Holding/Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Tetapi ada keburukannya! Jika anda dah mintak bantuan AKPK, kalau anda nak buat hutang/taik baru, dalam laporan credit anda / CCRIS mesti ada tertera label/huruf " K " jadi Bank-Bank lain mungkin tak hingin bagi pinjam kat anda sebab anda sudah buat taik!
Walaupun ada keburukan tak boleh buat pinjaman lagi selepas ini, sesetengah orang akan "guna" AKPK macam ni : Pernah ada cerita seorang perniaga buat pinjaman RM 100,000 (mamat ni tak kena blacklist pun sebenarnya), lepas tuu kena banyar kat bank dalam RM 3000 sebulan, esok tuu terus ke AKPK, lepas tuu officer AKPK restructured balik hutang mamat ni, terus boleh bayar RM 1000 sebulan jee, tapi jangka masa pembayaran juga akan panjang sedikit. Tapi save gila dari dok bayar interest 18% terus drop ke 9% (bank mana tak bengang).
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)