Popular Posts / Paling Ramai Pembaca

Car Service Checklist






Kalau Order Datang Lambat : Kisah di Kedai Makan


I'm just straight to the point, kalau makanan yang di order tak sampai-sampai ataupun lambat lagi akan sampai, better cancel that order, sebabnya kalau anda terus tunggu dan merungut dan marah-marah akibatnya adalah seperti berikut:

1) Makanan anda boleh di sabotaj contonya diludah atau dibubuh benda-benda kotor dan jijik (menurut pengalaman kawan-kawan yang kerja restoran, fast food dan hotel).


2) Anda mungkin kena "sembelih" / dikenakan bayaran dengan harga melampau-lampau sebagai balasan kerana "mulut bising anda" dan juga sumpah seranah anda.

Walaupun, mereka tahu anda tidak akan datang lagi ke kedai mereka, tapi at least mereka dah kenakan anda kaw-kaw dan mereka yang untung besar dan bukanya anda! Apa yang anda dapat ialah SAKIT HATI!


Jalan yang terbaik, lebih baik anda cancel order dan terus blah/cabut, kemungkinan diorang akan mintak maaf dan menyesal pada diri sendiri dan anda juga membantu next customer yg datang ke kedai/gerai tersebut mendapat service yg lebih baik (jikalau diorang ambik iktibarlah, kalau tak back to square lahhh).



Ingat lah pesanan ini selalu! Selamat menjamu selera!  

Tukar Duit Syiling : Untuk Kegunaan Peribadi atau Perniagaan


Kadang-kadang di Malaysia kita nii amat susah nak dapatkan duit syiling baru untuk kegunaan peribadi mahupun perniagaan.

Ada yang nak tukar syiling ini untuk senang bagi ke anak-anak sebagai duit saku sekolah, begitu juga perniaga kecil contohnya seperti perniaga surat khabar.


Nak tukar syiling nii di bank-bank atau syarikat keselamatan macam Safeguards, SRT-EON, Amor Security memang haram jadah dia orang tak nak tolong!


Jadi untuk pengetahuan semua, ini tips yang secara tidak sengaja aku jumpa semasa naik ERL di Stesen ERL Putrajaya.


Oleh kerana aku nak cepat dan tak nak beratur di kaunter ERL jadi aku gunakan Mesin Tiket ERL. Kos tiket satu hala aku berjumlah lebih kurang RM 6.00 oleh kerana aku tak ada duit kecil aku terpaksa masukkan RM 50.00, lepas tuu, branggggggg, jatuh duit syiling 50 sen baru berkilat sebanyak RM 44.00 = 88 keping, memang jenuh giler aku mengutipnya.


Lepas settle cerita nii, aku pergilah tukar duit syiling nii ke penjaja air dan surat khabar, memang diaorang happy dan seronok sangat, sebab dengar cerita dia orang memang susah nak dapatkan duit syiling, lagi satu kalau upah dgn syarikat konsesi syiling memang diaorang cas agak mahal dan memang tak berbaloi bagi penjaja-penjaja kecil yang untung pun kita semua faham memang tak sebesar mana punn!

Selamat mengambil kesempatan! hehehe!

  



Mencari / Belajar Tentang Istilah-Istilah Pelaburan (Investment)

Siapa-siapa yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia saham, atapun kena buat assignment berkenaan saham,  atau baru masuk kerja dan kena depatment yg main saham. Ini aku nak bagi tips website yang paling berguna untuk belajar berkenaan istilah saham atau pelaburan.


Website ini aku dapat dari seorang awek cina yang amat cun kat office aku. Dah lah bijak, cun pulak tuu, tapi saya sayang kafir lah bohhh. Ia kerja di bahagian depatment investment yang mengendalikan berjuta-juta ringgit, USD, UK Pound or Euro setiap hari. Dia cakap, website ini yang paling tepat dari segi istilah dan database yang amat banyak. So, selamat mencuba!






Tak Pakai Kena Bayar, Tak Berjimat (Membazir) Dapat Subsidi !

Tak Pakai Kena Bayar, Tak Berjimat (Membazir) Dapat Subsidi ! Pelik bukan, tapi begitulah realiti tarif elektrik di Malaysia. 

Kalau rumah anda kosong selama 1 bulan atau lebih serta langsung tak ada penggunaan peralatan electrik contoh seperti lampu, peti sejuk, akuarium ikan dan lain-lain. Maka anda akan dikenakan cas sebanyak RM 4.00 oleh TNB.


Jadi, kalu macam puu, kalu nak tinggalkan rumah lebih dari sebulan saya cadangkan buka paling kurang satu lampu, sebabnya seperti mana yang kita tahu kalau bil api bawah RM 20.00 kerajaan malaysia bagi subsidi.

Jadi selamat membazir untuk berjimat hehe!




Tip Jimat Bila ke Tanah Arab

Harap Maaf, artikel ini saya ambil dari Harian Metro : Kalam Imam Muda - Mohd Hassan - untuk kebaikan bersama.

Link Artikel Asal : http://www.hmetro.com.my/articles/KerenahbangsaArab/Article



PENGALAMAN berurusan serta berkomunikasi dengan masyarakat di Tanah Arab pada kunjungan umrah baru-baru ini memeningkan kepala saya berikutan terasa berbeza berbanding sewaktu saya mengerjakan haji tahun lalu.


Bukan kerana urusan antara haji dan ibadah ini berbeza, sebaliknya yang pertama kerana bahasa Arab mula menjadi bahasa rojak. Masyarakat di sana mula menuju ke arah kerosakan bahasa, ditambah pula dengan faktor warga negara luar berhijrah ke Arab Saudi.

Kebanjiran warga asing di tanah Arab menyebabkan berlakunya percampuran bahasa kerana kebanyakan mereka bertutur sesuka hati dan tidak mengikut tatabahasa, sekali gus merosakkan bahasa itu yang asalnya sangat indah.


Jadi, usah terkejut jika kita mempelajari serta menguasai bahasa Arab dengan baik tetapi akhirnya menemui kesukaran untuk berkomunikasi di negara berkenaan.

Seorang teman saya yang berkesempatan menyambung pelajaran di sebuah pusat pengajian tinggi di sana menceritakan, sukar untuk berbicara serta bertutur bahasa Arab sebaik berada di negara berkenaan pada peringkat awal. 

Mujur saja pengajar di sana memahami kesukaran yang beliau hadapi. Maklumlah, bukan mudah berkomunikasi dengan orang lain yang bercakap bahasa rojak.


Namun yang mengejutkan saya ialah, masalah sama turut dihadapi pelajar dari negara Arab. Cuma bezanya, masalah mereka bukan kerana tidak dapat berkomunikasi, sebaliknya tidak mampu membaca kitab yang tertulis bahasa Arab asli kerana terdedah dengan budaya bahasa rojak.


Kerana itu juga, mereka teruk dimarahi pengajar di sana berikutan dianggap memalukan bangsa sendiri. Inilah realiti yang berlaku terhadap sesuatu bahasa, termasuk di bumi Arab, dan bukan saja berlaku pada bahasa Malaysia yang diracuni pelbagai bahasa rojak.




Selain komunikasi, masalah lain dihadapi apabila bersama masyarakat ini adalah menghadapi dan melayan kerenah mereka. Sesiapa yang pernah berurusan dengan masyarakat di sini pasti biasa mendengar istilah ‘baksis’ atau dalam bahasa mudahnya ‘tips’.


Di sini juga, jangan berharap untuk meminta bantuan secara sukarela. Jauh lagi untuk mendapatkan pertolongan dengan konsep ‘lillahi taala’ kerana menjadi budaya masyarakat di sini semuanya berkehendakkan ganjaran, walaupun sedikit.


Saya pernah berkunjung ke Indonesia tahun lalu dan terkejut dengan budaya membayar tips untuk sesuatu pertolongan diminta.


Namun saya tidak merasa beban di Indonesia berikutan mereka tidak meletakkan harga dengan kita. Sebaliknya, berbeza dengan masyarakat di tanah Arab, serba serbi berkehendakkan tips dengan kadar yang ditentukan dan sangat tidak berpatutan.




Tambahan pula, apabila mereka melihat orang dari luar dan tidak begitu fasih berbahasa Arab, lagi mudah mereka memperkotak-katikkan kita. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah selepas selesai mengerjakan saie di Safa dan Marwah.


Ketika itu saya terlupa membawa gunting untuk tujuan ‘tahallul’. Tahallul ialah apabila jemaah haji atau umrah disunatkan menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut selepas selesai menunaikan umrah. Mujur ada seorang bangsa Arab sudi meminjamkan gunting miliknya.


Namun selepas menggunting sedikit rambut, dia meminta kembali gunting dengan bayaran sebagai ‘kos’ perkhidmatan gunting yang disediakannya.


Lebih memeranjatkan, dia meminta 50 riyal bagi perkhidmatannya sehingga menimbulkan sedikit pertikaman lidah dengannya.




Itu belum lagi kisah teman saya pergi menggunting rambut di kedai gunting. Pada awalnya cuma 20 riyal, itupun dikira mahal kerana harga biasa cuma 10-15 riyal.


Selesai menggunting, tukang gunting itu sibuk pula mahu mencuci rambut. Walaupun ditolak, si tukang gunting seolah-olah menyatakan perkhidmatan itu dilakukan atas dasar semangat sesama Muslim.


Namun, selepas selesai dan mahu membayar, alangkah terkejutnya kerana caj keseluruhan adalah 100 riyal.


Saya juga pernah diceritakan oleh ibu, Arpah Mohd Nor, 60, apabila tiba di lapangan terbang Jeddah, berebut-rebut pekerja di sana ingin mengangkat beg jemaah yang tiba. Terasa sejuk hati melihat ‘keikhlasan’ mereka membantu, namun akhirnya dipaksa membayar sejumlah wang setelah selesai urusan mengangkat beg.


Kini saya pula berdepan situasi sedemikian. Caj dikenakan tidak munasabah kerana mencecah hampir 300-500 riyal.


Namun itulah kerenah yang perlu dihadapi apabila berdepan masyarakat Arab. Bukan saya mengatakan semua orang Arab begitu, tetapi boleh saya katakan majoritinya begitu.


Mereka juga gemar bersumpah dengan perkataan ‘Wallahi’ dalam tutur bicara, walaupun kadangkala mereka berdusta.




Setelah mengkaji kerenah bangsa ini, akhirnya saya bertemu sedikit jawapan melalui ayat yang dinyatakan dalam surah At-Taubah ayat 96-97, di mana Allah SWT berfirman: “Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik.”


“Orang-orang Arab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas (dan hukum syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


“Dan sebahagian dari orang-orang Arab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Tidak hairan mengapa Nabi Muhammad SAW diturunkan ke atas bangsa Arab. Tidak dapat digambarkan bagaimana mulianya akhlak Nabi Muhammad SAW, sedangkan baginda daripada kalangan bangsa yang kebanyakannya rosak akhlak.


Jadi, selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak perlulah kita berasa pelik seandainya umat Islam sukar bersatu kerana kita akan terus menanti dan menanti sehingga mereka tidak lagi sibuk dengan kedegilan dan sifat keras kepala mereka.




Website Yang Compare Interest Rate Loan Rumah dari Bank-Bank di Malaysia

Hari ini aku jumpa satu website yang compare interest rate dari sebahagian besar dari bank-bank di Malaysia.

Aku rasa tools yang ada dalam website ini menolong kita membuat keputusan yang lebih tepat dan berhemah, dengan mengetahui bank mana yang mengenakan interest loan rumah / keuntungan yang paling rendah di Malaysia.

Nama Website tersebut : http://www.smartloans.my/

Selamat mencuba!